Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita KKBS

Program BISAI : Integriti Dalam Pekerjaan

UPA_4773.JPG 

Foto: Fatin Adilah - KKBS

Bandar Seri Begawan Rabu, 18 Jamadilakhir 1444H / 11 Januari 2023M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan meneruskan sesi Program Bicara Inspirasi (BiSAI) Tahun 2023 bagi warga Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Program BiSAI hari ini membawakan Forum bertajuk 'Integriti Dalam Pekerjaan : Bersama Membentuk Budaya Kerja Yang Berkualiti Bagi Warga Perkhidmatan Awam', merupakan sesi yang ketiga (3) sejak ia diperkenalkan pada tahun 2022. Forum telah berlangsung di Dewan Di-Gadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut menghadiri forum ini ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan KKBS serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Kementerian ini telah menjemput tiga (3) panel khas terdiri dari Yang Mulia Dayang Hajah Norashiken binti Haji Mat Salleh, Penyiasat Khas Kanan, Bahagian Pencegahan Rasuah, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dayangku Siti Noryol Faeizah Masayu binti Pengiran Haji Omarali, Pegawai Kakitangan, Unit Penguatkuasaan Tatatertib, Bahagian Perkhidmatan Personel, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Mulia Ustazah Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Pegawai Ugama, Bahagian Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Manakala Yang Mulia Dayang Nabeelah Hafizah binti Dr Awang Zainal, Pegawai Audit Dalaman (i-Ready) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku moderator.

Forum pagi ini, memfokuskan kepada Integriti Dalam Pekerjaan sebagai satu nilai penting bagi memastikan imej serta disiplin setiap warga Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam sentiasa terjaga. Integriti merupakan sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, amanah, berpegang teguh kepada prinsip, jujur dan bermoral tinggi, bertanggungjawab, saksama, semangat setia kawan, penuh iltizam dan dedikasi dalam melaksanakan tugas dalam kalangan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam.

Antara yang dikongsikan semasa forum berkenaan bahawa seorang penjawat Perkhidmatan Awam hendaklah mempunyai sifat integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Penjawat Perkhidmatan Awam yang berintegriti wajib mencontohi sifat dan peribadi Baginda Rasullullah SAW dengan tidak mudah terpengaruh walau dalam bentuk suapan yang berupa wang mahupun barangan. Melakukan kesalahan disiplin dan jenayah seperti tidak hadir bekerja tanpa kebenaran, melanggar Akta Majlis Ugama Islam, rasuah atau salahguna kuasa, pecah amanah, penyelewengan dan sebagainya akan dikenakan tindakan tatatertib dan undang-undang mengikut Peraturan AM 1961.

Program ini adalah merupakan salah satu inisiaitif Pelan Tindakan Strategi Sumber Tenaga Manusia Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di bawah Program Siri Bicara Inspirasi (BiSAI), iaitu program yang diisikan dengan ceramah keagamaan dan ceramah motivasi yang dihasratkan dapat meningkatkan semangat bekerja dalam kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan. Program ini juga usaha KKBS dalam menjadikan kementerian ini sebagai sebuah Organisasi Pembelajaran (Leading Organisation).


UPA_4686.JPG UPA_2641.jpg UPA_2605.jpg UPA_2632.jpg UPA_2609.jpg UPA_4759.JPG



Attachments
Created at 11/01/2023 18:38 by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 14/01/2023 12:18 by Ak Hussni Bin Pg Hassan