Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita KKBS

Kunjungan Hormat Tuan Yang Terutama Major General (Retd) Farhat Abbas Sani, Hilal-e-Imtiaz, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam

TYTpakistan_5.JPG

Bandar Seri Begawan, Khamis, 29 Rabiulakhir 1444H / 24 November 2022M – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Major General (Retd) Farhat Abbas Sani, Hilal-e-Imtiaz, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam

Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) dan Yang Mulia Dayang Hajah ​Fauziah binti Haji Abdul Hamid, Pengarah Penyelidikan dan Perkembangan Hal Ehwal Antarabangsa.

Pada kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.

Kedua-dua belah pihak merakamkan rasa penghargaan atas hubungan kerjasama yang terjalin sejak sekian lamanya dan berharap ia akan sentiasa berkembang dan dapat diperkukuhkan lagi melalui pertukaran lawatan dan kerjasama dalam bidang-bidang yang sedia ada dan pada masa akan datang.​


TYTpakistan_3.JPG TYTpakistan_4.JPG


Attachments
Created at 24/11/2022 17:46 by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 24/11/2022 17:46 by Ak Hussni Bin Pg Hassan