Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita KKBS

Sejarah Masa Silam Pemangkin Belia Masa Depan

PC_PenBorneo_1.jpg

[ Sumber: Siaran akhbar & foto oleh Pusat Sejarah Brunei ]

 ​

Bandar Seri Begawan, Rabu, 23 November - Bahagian penBORNEO meneruskan usaha dalam memberigakan program Sesi Ceramah@penBORNEO dengan penjenamaan baru iaitu program “CERAMAH SEJARAH BORNEO" sesuai dengan usia program ini yang mencecah satu dekad. 

Perkara ini dikongsikan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong ketika mempengerusikan sidang media yang berlangsung di Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo), Berakas.

Keistimewaan yang terkandung dalam program ceramah ini ialah perkongsian pengalaman dan pengetahuan penceramah yang bersifat informasi serta mudah difahami dan boleh memberikan wawasan yang luas daripada sumber rekod yang terdapat di penBORNEO melalui kaedah pembentangan yang menggunakan dua kaedah penyampaian iaitu secara fisikal dan platform atas talian.

Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu Hari Sabtu, 26 November 2022 dan Hari Isnin, 28 November 2022 secara hybrid iaitu secara fisikal (secara jemputan) dan atas talian dengan menggunakan aplikasi ZOOM. Program ini bertempat di Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO), Spg.394, Blok 31, Bangunan Flat Kerajaan Anggrek Desa, jalan berakas bermula pada pukul 9.00 pagi hingga selesai.

  • Penambahbaikan pembangunan koleksi bahan rujukan sejarah di Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO). 
  • Mempromosi penBORNEO sebagai sumber rujukan sejarah.
  • Menggalakkan penggunaan sumber sejarah sebagai bahan rujukan.
  • Memberi kesempatan kepada penceramah untuk berkongsi dalam menyampaikan maklumat yang bersifat informasi serta dapat menjelaskan perkara yang penting dan mudah difahami.
  • Memberikan wawasan yang luas daripada sumber lain kerana penceramah dapat menjelaskan tajuk dengan mengaitkannya dengan kehidupan sehari-hari.
  • Memberikan kefahaman yang jelas kepada pegawai-pegawai kerajaan dan mahasiswa-mahasiswi tentang kepentingan ilmu sejarah untuk dipelajari dan dibuat kajian mengenainya untuk rujukan orang ramai.
  • Memberi pendedahan dan menarik minat khususnya generasi belia untuk membuat kajian dan penyelidikan di Pusat Pengkajian Borneo.
  • Memberikan peserta motivasi dan minat pada bidang sejarah serta merangsang peserta untuk memberikan respon atau feedback.

Apa yang menarik tentang program tahun ini ialah penceramah-penceramahnya yang bukan sahaja dari dalam negara malah luar negara seperti dari Sarawak, Sabah dan Kalimantan. Seramai 7 penceramah iaitu tiga (3) orang dari Brunei, dua (2) orang dari Sarawak, seorang dari Sabah dan seorang dari Kalimantan yang akan mengongsikan ceramah mereka dengan tajuk-tajuk sejarah yang begitu menarik. Selain itu, program ini juga melibatkan penyelidik-penyelidik sejarah dalam kalangan belia.

Adalah diharapkan program ini akan dapat mencapai objektif seperti yang dihasratkan dan memberikan manfaat kepada semua dalam menimba dan menambah ilmu pengetahuan di samping dapat memartabatkan sejarah serta dapat mendokong dasar, matlamat, visi dan misi Pusat Sejarah Brunei.



 

 


Attachments
Created at 24/11/2022 15:10 by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 24/11/2022 15:10 by Ak Hussni Bin Pg Hassan