Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa

facebook sharing button
twitter sharing button
pinterest sharing button
whatsapp sharing button
sharethis sharing button


 

Fungsi dan Bidang Tugas Utama Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa


Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa bertanggungjawab dalam menyelaras kedudukan negara bagi hubungan kerjasama dan komitmen sektor-sektor di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dalam mendukung matlamat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, dengan negara-negara luar dan pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa. 

Perlaksananya diterapkan dalam menyokong pencapaian visi dan misi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, berpaksikan kepada prinsip persahabatan dan saling hormat-menghormati dan bebas daripada campurtangan di dalam hal-ehwal dalaman negera masing-masing.
 
Sekretariat Kebangsaan bagi Tunggak ASEAN Socio-Cultural Community Council (ASCC)
-     Penyelarasan kedudukan negara bersama Jabatan/Kementerian lain yang juga Sekretariat Kebangsaan bagi Badan-Badan Sektoral di bawah ASCC, iaitu sektor-sektor kebudayaan dan kesenian, kesihatan, pendidikan, alam sekitar, penerangan, buruh, meterologi, pembangunan luar bandar, kebajikan sosial, sukan, wanita dan belia dalam menyumbang kepada pembangunan Komuniti ASEAN.

Peningkatan Hubungan Kerjasama Dua Hala
-     Menerap, memelihara dan mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara luar, merangkumi bidang-bidang kebudayaan dan kesenian, kebeliaan, kesukanan dan kemasyarakatan, termasuk perlaksananan dan penyelesaian Memorandum Persefahaman/Kerjasama dan Perjanjian. 


Peningkatan Hubungan Pelbagai Hala
-     Meningkatkan dan meluaskan / memajukan kepentingan negara di arena antarabangsa seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel, Organisation of Islamic Cooperation (OIC), APEC, ASEM, FEALAC dll.
-     Fokal Kementerian bagi Matlamat Pembangunan Yang Berdayatahan (Sustainable Development Goals)
 



[ atas ]