Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

  
Front page Description
Front page image
  
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Disember 2017 - Riadah Amal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-24 Tahun 2017 anjuran bersama Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Jabatan Belia dan Sukan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

DSC_6229.jpg

12/17/2017 7:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Disember 2017 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan majlis makan tengahari bagi meraikan delegasi ASEAN dan Plus 3 sempena Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (SOMCA) ke-13 dan Mesyuarat Berkaitan dengan Rakan Dialog di Restoran Tarindak D’Seni, BSB.

DSC_2863.jpg

12/13/2017 1:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Disember 2017 - Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian Kali Ke-7 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan dengan Rakan Dialog (7th Meeting of the ASEAN Ministers Responsible for Culture and Arts [AMCA] and related Meetings with Dialogue Partners) menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian Kali Ke-13 (SOMCA) dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan dengan Rakan Dialog.

20171213_National8.jpg

12/12/2017 9:00 AM
  

TEMBURONG, Sabtu, 9 Disember 2017 - Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) akan terus relevan dan berperanan dengan meningkatkan mutu latihan yang sedia ada, menentukan barisan jurulatih yang benar-benar berkesan dan terlatih, agar segala pelaburan yang dilaksanakan berbaloi dan pulangan berganda yang dapat mencapai kepada matlamat kementerian ini dan juga Wawasan Negara 2035.

DSC_2460.jpg

12/9/2017 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Disember 2017 - Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu Berhias, Kenderaan / Kereta Berhias dan Basikal Berhias Perseorangan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta, berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

IMG-20171206-WA0000.jpg

12/4/2017 3:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Disember 2017 - Tanggal 12 Rabiulawal satu tarikh bersejarah dalam kalendar Tahun Hijrah bagi umat Islam sejagat termasuk Negara Brunei Darussalam memartabatkan hari kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

DSC_5262.JPG

12/2/2017 8:00 AM
  

​BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 November 2017 - Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) petang tadi.

DSC_2273.JPG

11/30/2017 3:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 November 2017 – Pengkajian dan penulisan sejarah Borneo adalah sangat penting dan amat diperlukan, bukan sahaja untuk pengembangan ilmu pengetahuan sejarah, malah sumbangannya dalam menyelamatkan khazanah sejarah dan warisan masyarakat Borneo yang masih banyak tersimpan dan belum dikaji, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan khususnya 'manuskrip Melayu'.

DSC_2016.jpg

11/27/2017 2:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 November 2017 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke acara Lumba Perahu yang berlangsung di Dermaga Diraja, di ibu negara.

DSC_4486.jpg

11/26/2017 2:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 November 2017 - Acara Lumba Perahu sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta berlangsung di Perairan Sungai Brunei berhadapan Dermaga Diraja, di ibu negara.

DSC_4466.jpg

11/26/2017 10:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 November 2017 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) diseru untuk menerokai kaedah yang lebih 'mesra', inovatif lagi kreatif untuk menarik minat orang ramai seperti penggunaan media baharu dari teknologi canggih demi menyerapkan sejarah ke dalam minda setiap lapisan masyarakat di negara ini.

DSC_1568.jpg

11/23/2017 10:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 November 2017 - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menyempurnakan pembukaan rasmi Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Kali Ke-6 yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun.

DSC_1458.jpg

11/20/2017 10:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 November 2017- Hari Terbuka Melayu Islam Beraja (MIB) dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan syarahan dan syair, pameran, jualan bazar, kuiz dan peraduan yang diadakan di Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

DSC_3343.jpg

11/19/2017 7:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 November 2017 - Larian Jubli Emas memeriahkan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, ibu negara, di sini. 

Larian Jubli Emas-DSC_2882.jpg

11/12/2017 7:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkenan berangkat menyertai 'Morning Walk' dan Majlis Santap Pagi yang berlangsung di Bandar Seri Begawan.

IMG_1109.jpg

11/5/2017 7:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Oktober. - Seramai lebih 100 peserta memeriahkan Larian Queen's Baton yang meliputi jalan-jalan di ibu negara sejauh 12 kilometer sempena Sukan Komanwel Ke-21, Gold Coast, Australia 2018.

Queen;s Baton.png

10/24/2017 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Oktober. – Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-44 yang berlangsung di Bilik VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

DSC_9881.jpg

10/19/2017 4:00 PM
  
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Oktober. - 

Sukan berbasikal kini diisytiharkan sebagai hobi negara selepas acara Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

10/9/2017 8:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 September -

LHK 2017 diadakan serentak di keempat-empat daerah bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 pada tahun ini.

LHK-Bermula.png

9/24/2017 6:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 September. - Seramai 18 anak damit telah selamat dilahirkan pada 1 Muharam 1439 Hijrah di negara ini.

Anak Lahir Awal Tahun Hijrah 1439.png

9/23/2017 12:00 AM
  

Nanning Guangxi, China 14 Sept 2017 – Majlis Pembukaan Forum Seni Kebudayaan ke-12, di Nanning, Republik Rakyat China dengan tema“Transmitting and Promoting Cultural Arts”

Nanning-2.png

9/14/2017 12:00 AM
  

​BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Ogos. - Suruhanjaya Tinggi Pakistan Negara Brunei Darussalam mengadakan pameran selama empat hari sempena Sambutan Hari Kebangsaan Republik Islam Pakistan Ke-71 yang berlangsung di Dewan Pameran Seni dan Kebudayaan di Dermaga Diraja

8/14/2017 12:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Ogos. - Seramai 105 atlet Negara Brunei Darussalam dan 66 pegawai termasuk Chef de Mission, Assistant Chef de Mission, pengurus pasukan, jurulatih dan kakitangan perubatan akan menggalas cabaran pada Temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-29, Kuala Lumpur, Malaysia yang akan bermula pada 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017.

DSC_5791.jpg

8/9/2017 12:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berangkat meninjau latihan para atlet negara yang bakal bertanding di temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-29 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia bagi acara sukan sepak takraw, badminton dan olahraga.

8/8/2017 12:00 AM
  

Sejarah memainkan peranan penting dalam menghuraikan kebenaran, kesahihan dan ketulusan fakta terutama sekali fakta pembentukan sebuah bangsa dan negara. 

sejarah_warisan.png

5/18/2017 12:00 AM