Share |

Huraian Tema

GENERASI BERWAWASAN

 

Generasi bermaksud pewaris bangsa selaku peneraju kepada kemajuan negara bagi mencapai Wawasan Negara 2035. Wawasan pula ditakrifkan sebagai suatu matlamat untuk mencapai hasrat negara.

 Gabungan Generasi Berwawasan didefinisikan sebagai golongan muda serta belia masa kini yang akan menerajui negara pada masa akan datang, selain melahirkan pemimpin yang berwibawa dan cemerlang. Generasi Berwawasan merupakan generasi pewaris masa depan Negara Brunei Darussalam; sepertimana dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam antara lain Baginda bertitah:

 

“Rakyat jelata yang sensitif lagi patriotik sangatlah diperlukan oleh Negara terutama mereka dari kalangan generasi muda serta para belia kerana mereka itu adalah pewaris masa depan kita.”

Titah sempena Sambutan Ulang Tahun

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Ke-29, Tahun 2013

 

31 tahun mencapai kemerdekaan setentunya sesuatu yang harus dilihat secara yang lebih serius dalam menelusuri bagaimana perkembangan dalam semua aspek 30 tahun yang lalu. Lantaran itu tema tahun 2015 ini lebih melihat kepada Generasi Berwawasan terutama bagi generasi belia yang menjadi tumpuan khusus dalam usaha memberikan nilai-nilai jati diri yang tinggi lagi kental. Dari sinilah Generasi Berwawasan itu nanti akan dapat membangun dan membentuk Negara Brunei Darussalam menuju Wawasan 2035.

 

Suasana dan keadaan negara yang cukup aman telah mengizinkan wawasan dapat dilaksanakan dengan lancar lagi teratur, ini semua berkat usaha sama dikalangan para pemimpin dan rakyat secara umumnya namun apa yang lebih utama ialah bagaimana pihak kerajaan berusaha secara terus menerus memberikan bimbingan terhadap golongan belia. Golongan inilah yang seharusnya ditanamkan wawasan yang secara formalnya telah diberikan pendidikan formal disamping golongan telah begitu ampuh dengan didikan agama Islam. Generasi Berwawasan juga mempunyai indikasi bahawa akan nampak wawasan itu sebagai landasan yang terarah lagi tersusun dalam membangun Negara Brunei Darussalam terutama melihat pembangunan negara selama 30 tahun yang lalu.

 

Pasak utama ialah keamanan dan kestabilan politik yang membolehkan rakyat hidup dengan sejahtera yang sentiasa dilindungi oleh Allah. Amalan seperti inilah harus diteruskan hingga bila-bila supaya negara zikir akan menjadikan warga terutama generasi belia yang bakal pemimpin akan dapat memimpin dengan petunjuk Allah.

 

Dalam usaha memberikan tumpuan kepada Generasi Berwawasan seharusnya mereka ini diberikan garispandu yang jelas dan berani dalam mendepani setiap wawasan yang lebih jauh dan sedia memberikan sumbangan yang bermakna bukan hanya sekadar sumbangan yang biasa sahaja tetapi lebih jauh dari itu kerana Wawasan 2035 sepatutnya sudah cukup bersedia menghadapinya malahan para Generasi Berwawasan mempunyai pandangan dan pola fikir yang cukup proaktif. Tahan uji dan kental dalam memimpin negara yang dilihat suatu yang mencabar lagi daya saing yang tinggi jadi Generasi Berwawasan seperti inilah diperlukan oleh negara. Pengisian ilmu yang berbentuk ilmiah dan profesional tidak lagi menjadi masalah yang besar kerana kerajaan telah membuka seluas-luasnya untuk mendapat ilmu ditambah lagi usaha yang tidak kendur-kendurnya dalam menyediakan belia-belia dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

 

Bagi merealisasikan Generasi Berwawasan ini seharusnya ada sukat-sukat bagi melihat bagaimana kehebatan dan professionalisme para belia akan pemimpin ini dalam menuju Wawasan 2035. Sukat-sukat itu dibuat oleh mereka yang telah atau pernah menjadi pemimpin peringkat negara kerana segala wawasan semasa mereka tentu sahaja ada yang kurang atau tidak menepati kehendak negara jadi generasi yang berwawasan ini seharusnya diberikan bimbingan supaya tidak berlaku kepada mereka sebelumnya dan negara tidak akan berasa rugi olehnya.

 

Tema ini dipilih bertepatan dengan pelbagai tema telah dilalui sejak 30 tahun yang lalu, dalam mana Generasi Berwawasan merupakan satu komponen yang cukup signifikan lagi dapat merealisasikan hasrat negara secara menyeluruh. Semangat yang jitu warga dalam menyatakan cinta pada negara dan pada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sekian lamanya berjaya membawa Negara Brunei Darussalam memperkenalkan kepada dunia. Pelbagai tema telah dicipta begitu rupa yang mempunyai signifikannya sendiri malahan ia sebagai urutan perkembangan yang boleh dianalisa hingga ke hari ini dan yang lebih jelas sekali ialah sesuatu tema itu memberikan gambaran dan harapan dalam mengisi kemerdekaan itu sendiri.

  • blog comments powered by Disqus
  •  

     

     

     

    Hubungi Kami

    Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami di alamat berikut:

    Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
    Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan
    Bandar Seri Begawan BA1210
    Negara Brunei Darussalam

    Telefon : +673 238 2911 / 238 905 / 238 0693
    Fax: +673 238 0652 / 238 0653 / 238 0673 / 238 4170
    2010 © Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara