Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Borang Penyertaan

Bandar Seri Begawan, 02 Oktober 2019 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Urus Setia Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019 memaklumkan bahawa dua projek inisiatif di bawah Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Islam (ISESCO) iaitu Anugerah Projek Kebudayaan Cemerlang Bandar Raya Kebudayaan Islam ISESCO; dan Anugerah Insentif ISESCO Dalam Industri Tradisional dan Kraftangan adalah dibukakan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

 

Anugerah Projek Kebudayaan Cemerlang Bandar Raya Kebudayaan Islam ISESCO dibukakan bagi projek yang terbaik yang memenuhi kriteria ISESCO seperti urus tadbir terbaik, membawa segenap lapisan masyarakat untuk berpartisipasi, meningkatkan dimensi budaya, serta menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamadunan Islam. Anugerah ini adalah dalam bentuk wang berjumlah USD5,000.00.

 

Anugerah ini menggalakkan mana-mana pihak untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang mantap; menekankan pengurusan penyertaan projek-projek kebudayaan (participatory management) dan kepentingan aspek kebudayaan (cultural dimension) dalam dasar bandar (urban policies) dan perancangan Bandar Raya Kebudayaan Islam (Capital of Islamic Culture); dan akhir sekali, menggabungkan perkhidmatan sektor kebudayaan dan warisan dalam pembangunan ekonomi dan sosial Bandar Raya Kebudayaan Islam (Capital of Islamic Culture).

 

Manakala, Anugerah Insentif ISESCO dalam Industri Tradisional dan Kraftangan akan diberikan pengiktirafan sijil kecemerlangan kepada individu yang cemerlang di Negara Brunei Darussalam di atas penghasilan karya-karya seni kraftangan. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan produk yang mempunyai keunikan dan keaslian dari aspek ketamaduan, turun-temurun dan mempunyai ciri-ciri keislaman; kemapanan dan diterima umum, mantap, kukuh, stabil dan diguna pakai diperingkat kebangsaan dan antarabangsa;  produk diiktiraf sebagai produk industri samada industri kotej, atau industri besar dan pada masa yang sama memberikan impak kepada ekonomi negara.

 

Pendaftaran dibukakan sehingga hari Sabtu, 02 November 2019. Borang pendaftaran dan syarat-syarat penyertaan bolehlah dimuat turun di sini (BORANG PENYERTAAN) atau di Urus Setia, Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019, Tingkat 5, Bahagian Kebudayaan dan kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Disediakan oleh

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Negara Brunei Darussalam



Anugerah Projek Kebudayaan Cemerlang Bandar Raya Kebudayaan Islam ISESCO; dan Anugerah Insentif ISESCO Dalam Industri Tradisional dan Kraftangan


Tarikh akhir penyertaan: Hari Sabtu02 November 2019 , 4pm

Attachments
Created at 10/1/2019 5:24 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 10/1/2019 5:57 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan