Share |

ASEAN SOCA

PENGENALAN

Negara Brunei Darussalam telah mengambil alih tanggung jawab sebagai Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2013 dan sekaligus menjadi pengerusi kepada Komiti Socio-Kebudayaan ASEAN (13th SOCA). Mesyuarat ke-13, Pegawai-Pegawai Kanan bagi Majlis Komuniti Sosio-Kebudayaan ASEAN (13th SOCA) bermula pada hari ini. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua-Ketua SOCA dari Negara-negara anggota ASEAN. Deputy Secretary-General of ASEAN for ASCC juga turut menghadiri mesyuarat ini. Mempengerusikan Mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar, Setiausaha Tetap kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku National Coordinator bagi ASCC sebagai Tuan Rumah dan Pengerusi yang akan mempengerusikan beberapa Mesyuarat ASCC dan SOCA disepanjang tahun 2013 ini. Mesyuarat SOCA Ke-13 ini adalah sebagai ‘pembukaan’ kepada ketiga-tiga mesyuarat-mesyuarat SOCA yang akan diadakan disepanjang tahun 2013, Brunei Darussalam akan memaklumkan Ketua-Ketua SOCA dari kesemua negara anggota ASEAN tentang bidang tumpuan (focus areas) yang akan diketengahkan oleh Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2013, termasuk agenda berikut:
  • Youth
  • Culture
  • Education
  • Mid-term Review of the ASCC Blueprint
  • ASCC Dana – (Fund)
  • Concept note on Regional Policy Advocacy on Social Protection
  • Religious Harmony

Mesyuarat juga akan membincangkan:
  • Draft Terms of Reference bagi SOCA
  • Draft TOR for an independent study for Timor Leste’s accession, yang mana hasil perbincangan akan dibawa ke Mesyuarat Ke-3 ASEAN Coordinating Council Working Group Meeting (3rd ACCWG).

Kesemua Ketua-ketua SOCA ASEAN akan berada di Negara Brunei Darussalam selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Januari 2013.

TUJUAN / OBJEKTIF

ANJURAN

TARIKH & TEMPAT

SASARAN



FORMAT PERSIDANGAN

 

PROGRAM

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami di alamat berikut:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan BA1210
Negara Brunei Darussalam

Telefon : +673 238 2911 / 238 905 / 238 0693
Fax: +673 238 0652 / 238 0653 / 238 0673 / 238 4170
2010 © Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara