BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 September 2019 - Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memeriahkan lagi Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 (dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-73 Tahun, Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2019 serta Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2019) yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.