Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
KKBS LANCAR BUKU PANDUAN BELIA, SUKARELAWAN
01 Dec 2020

Bandar Seri Begawan, Selasa, 01 Disember 2020 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Majlis Pelancaran Buku Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 dan Buku Garis Panduan Sukarelawan di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Dasar Belia Negara dan Strategi 2020–2035 (DBNS 2020-2035) adalah merupakan semakan semula dan pengemaskinian dari Dasar Belia Negara yang telah diterbitkan pada tahun 2002.  Seiring dengan perkembangan dunia masa kini, Dasar Belia Negara dan Strategi 2020–2035 ini adalah sebuah living document yang telah dan akan terus disesuaikan dengan kehendak dan persekitaran semasa yang menuntut para belia negara ini bersiap siaga dalam merealisasikan matlamat negara khususnya dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035.

DBNS 2020-2035 menerangkan dengan lebih jelas wawasan belia, matlamat dasar belia, strategi dan inisiatif-inisiatif dasar yang menghuraikan mekanisme dan peta jalan dalam melaksanakan dasar tersebut.   Pembaikan dasar belia ini juga mengambil kira banyak perkara termasuk cabaran belia di peringkat global, tuntutan sosial, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih dan berleluasa.

DBNS 2020-2035 dirangka secara holistik dan inklusif terutama dalam menangani isu-isu kebeliaan dan dalam persediaan menghadapi gelombang revolusi yang tidak dapat dijangkakan. Beberapa strategi, inisiatif dan program yang dirancang juga turut dimuatkan bagi membentuk golongan belia yang berdaya saing, berkredibiliti, dinamik dan progresif. Inilah pendekatan Whole of Nation yang turut mengambilkira dan berpandukan kepada dasar dan pelan strategik di peringkat negara termasuk Wawasan Brunei 2035; Pelan Induk Ekonomi Digital 2025; Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam; Pelan-Pelan Tindakan di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial; Pelan Strategik Manpower and Employment Council (MPEC); dan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja.

Manakala Garis Panduan Sukarelawan bertujuan untuk memberikan panduan yang lebih komprehensif kepada para sukarelawan dan agensi-agensi pelaksanaan di Negara Brunei Darussalam dan menerangkan hak serta keistimewaan para sukarelawan yang menyertai mana-mana aktiviti dan kerja sukarela.  Di samping itu, garis panduan ini juga bertujuan untuk menjadi rujukan kepada agensi-agensi pelaksana dalam menganjurkan aktiviti dan kerja sukarela di Negara Brunei Darussalam.


Dasar Belia Negara dan Strategik 2020-2035.jpg

http://www.belia-sukan.gov.bn/Terbitan%20Docs/DBNS.pdf

Attachments