Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
PELANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK TABUNG ANAK YATIM BAGI TAHUN 1441H / 2020M
02 May 2020

​[Sumber: Jabatan Pembangunan Masyarakat, KKBS]

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 2 Mei 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah mengadakan Pelancaran SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak Yatim di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

SMS Brunei Prihatin merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Radio Televisyen Brunei, DST Sendirian Berhad dan Progresif Sdn Bhd. Projek ini bermula sejak tahun 2005 dan sehingga kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan semua kutipan yang diterima disumbangkan kepada Tabung Anak Yatim di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Kutipan derma melalui SMS yang dilancarkan pada hari ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula 2 Mei 2020 dan berakhir pada 31 Julai 2020. Pada tahun lepas, SMS Brunei Prihatin berlangsung selama 40 hari sahaja (2 Mei 2019 – 10 Jun 2019) dan berjaya mengumpulkan derma sebanyak  $ B$106,448.00.

Orang ramai bolehlah menderma melalui perkhidmatan SMS:

1) Taip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20);

2) Hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif. 

Pelancaran SMS Brunei Prihatin merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk memudahkan orang ramai menghulurkan derma bagi membantu anak yatim di Negara Brunei Darussalam.

Attachments