Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN MELALUI JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (JAPEM) DENGAN KERJASAMA TELEKOM BRUNEI BERHAD (TELBRU) MELANCARKAN TALIAN ANAK NEGARA ASET KITANI (ANAK) 121.
01 Oct 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Oktober 2019 - Talian ANAK 121 dengan slogan 'Kami Mendangar' adalah talian bantuan kanak-kanak bebas tol yang beroperasi bagi kegunaan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam yang mana inisiatif tersebut adalah kerjasama di antara JAPEM dan TelBru.

Objektif penubuhan talian tersebut adalah antara lain untuk meningkatkan sistem perlindungan bagi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi serta untuk menyediakan saluran komunikasi yang khusus bagi kegunaan kanak-kanak yang mungkin berada dalam kesusahan serta memerlukan penjagaan dan perlindungan daripada penderaan ibu, bapa atau penjaga, penyalahgunaan dadah, buli, rasa bunuh diri atau kesulitan dalam keluarga.

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya Talian ANAK 121, ia akan dapat menggalakkan kanak-kanak untuk bersuara, meluahkan perasaan dan membuat aduan tanpa rasa takut agar isu-isu yang dihadapi dapat ditangani dengan segera oleh pihak-pihak tertentu.

Talian ANAK 121 ini adalah selaras dengan strategi dan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan sosial kepada kanak-kanak seperti terkandung dalam Pelan Tindakan Kesejahteraan Kanak–Kanak melalui Jawatankuasa Khas Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Majlis Kebangsaan Isu Sosial.

Attachments