Anugerah Belia Berkhidmat diberikan kepada Dayang Dr. Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman yang merupakan Pengasas dan Mentor kepada Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.
Bagi anugerah kategori ini, diberikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada belia yang telah berkhidmat secara berterusan untuk masyarakat di negara ini dalam pelbagai bidang selaras dengan matlamat Wawasan Negara Brunei 2035.