[Sumber: Pelita Brunei]
Berita: Aimi Sani - Penerangan
Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said - Penerangan
LAMBAK KANAN, Isnin, 28 Disember 2020 - Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara mengungkayahkan Sambutan Hari Keluarga selama tiga hari bermula 28 Disember hingga 30 Disember 2020 bertempat di pusat berkenaan, Kampung Lambak Kanan.
Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya merasmikan acara berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Saidah binti Haji Wahid@Burut.
Terdahulu, Pengerusi Bersama Majlis, Awang Haji Mohd. Yusof bin Salleh dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa acara seumpama ini merupakan julung-julung kalinya diungkayahkan oleh warga PKWE.
Pelbagai acara turut dimuatkan iaitu Peraduan Urusan Rumah Tangga, Sukan Ria Keluarga, Peraduan Mewarna Lukisan bagi kanak-kanak mengikut kategori selain turut diadakan gerai-gerai jualan di pekarangan letak kereta pusat tersebut.
.jpg)
