.jpg)
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)
Bandar Seri Begawan, Isnin, 28 Dis 2020 – Seramai 30 kakitangan (Divisyen III) kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya menghadiri webinar yang bertajuk 'Kemahiran Penyeliaan' yang dikelolakan oleh Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Di antara objektif webinar tersebut ialah:-
- Memahami peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas seorang penyelia dan pemimpin kumpulan kerja dalam organisasi;
- Mengenalpasti sikap dan ciri-ciri yang perlu dibina ke arah menjadi seorang penyelia yang berkesan, dan
- Menyusun dan membahagikan kerja-kerja operasi secara lebih efektif dan produktif.
Webinar tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Telemachus Lo, daripada Syarikat SMT Learning Solutions Plt, yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian tersebut.