Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KOPPB SENTIASA BERUSAHA KEMBANGKAN SAYAP PERNIAGAAN

‚ÄčSiaran Akhbar: Koperasi Pusat Pembangunan Belia (KOPPB) Berhad

Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas - Penerangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 Disember 2020- Koperasi Pusat Pembangunan Belia (KOPPB) Berhad didaftarkan ke Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) pada 3 April 2004.

KOPPB Bhd. ditubuhkan atas saranan dan sokongan penuh daripada Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Seramai 204 ahli KOPPB Bhd., terdiri daripada pegawai; kakitangan dan pelatih; Lepasan Pegawai; dan Lepasan Pelatih Pusat Pembangunan Belia (PPB).

Di samping itu, penubuhan KOPPB dihasrat akan dapat mewujudkan daya saing yang sihat dan juga dapat menaikkan nama PPB, bukan hanya sebagai sebuah pusat gedung ilmu, malah sebagai perintis kepada dunia perniagaan dalam kalangan belia di negara Ini.

27.12.20-KOPPB-Penerangan.1.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat di Mesyuarat Agung Kali Ke-7 KOPPB Bhd. ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, yang juga selaku Penasihat KOPPB Bhd.

Antara pengisian mesyuarat tersebut ialah ucapan perasmian daripada tetamu kehormat majlis, diikuti dengan Persidangan Mesyuarat Agung tersebut.

Antara aktiviti dan pencapaian KOPPB Bhd. sehingga masa kini ialah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan katering; sebuah Minimart yang baru sahaja dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; mengendalikan kantin di Bangunan KKBS; dan juga membuka restoran di Daerah Temburong, iaitu Restaurant UG yang terletak di Kampung Negalang Ering.

Dengan adanya perkhidmatan dan perniagaan yang sedang dijalankan ini, ia juga diharap akan dapat memberi peluang kepada para belia untuk berkhidmat dan mencari pengalaman dalam bidang perniagaan.

KOPPB Bhd. akan sentiasa berusaha mengembangkan sayap perniagaan di negara ini dengan mencari peluang-peluang yang ada di negara ini dan seterusnya membantu para belia di luar sana. 

Attachments
Created at 12/28/2020 1:44 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/28/2020 1:44 PM by Lee Chin Foo