[Sumber: Pelita Brunei]
Berita:Haniza Abdul Latif - Penerangan
Foto: Hj Mohd Norfaisal bin Hj Mat Salleh - KKBS
JERUDONG, Ahad, 27 Disember 2020 - Dominic Ng dari Pet Star Betta muncul sebagai Grand Champion, pada Pertandingan Ikan Hias Betta Brunei - Siri Pertama, yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jerudong.
Dominic Ng yang bertanding dalam Junior Category berjaya memenangi wang tunai BND250, sebuah trofi dan sijil Grand Champion.
Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Terdahulu, dalam temu bual Pelita Brunei bersama Pengerusi Pertandingan, Awang Mohd. Azrin bin Haji Jafarudin menjelaskan, sebanyak 300 ekor ikan dipertandingkan dengan penyertaan daripada 100 peserta, terdiri daripada para peminat Ikan Hias Betta.
Menurutnya lagi, pertandingan seperti itu sering kali diadakan, tetapi untuk Brunei December Festival (BDF) 2020, ia diadakan buat pertama kali.
Tambahnya, pertandingan tersebut, antara lain bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana BDF, di samping untuk mengenalkan dan mempromosikan jenis-jenis Ikan Betta juga cara-cara memeliharanya, bukan sahaja untuk pertandingan, tetapi juga untuk orang ramai.
Menyentuh mengenai sambutan pertandingan tersebut, beliau berkata, ia mendapat sambutan yang sangat meriah daripada orang ramai dan penyertaan pertandingan juga sangat menggalakkan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)