Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BERKENAN SERTAI CABARAN PENDAKIAN BERHALANGAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto: Hj Mohd Norfaisal bin Hj Mat Salleh - KKBS

 

BERAKAS, Ahad, 27 Disember 2020 - Lebih 2,000 peserta menyertai The Alpha Challenge 2020, yang membawakan keseluruhan tema Legend of the Hunters sempena Brunei December Festival (BDF) 2020, yang disokong oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

The Alpha Challenge 2020 - Legend of the Hunters mengetengahkan dua acara, iaitu 'Tide Hunter Edition', merupakan pendakian dengan cabaran berhalangan; dan 'Hill Hunter Edition', iaitu pendakian secara maya (virtual).

'Tide Hunter Edition' merupakan pendakian cabaran terbesar, di negara ini dan penuh halangan, bertujuan untuk mencabar daya intelektual juga fizikal para peserta dengan pembukaan dua kategori, iaitu 5 kilometer (km); dan 10 km.

Sehubungan itu, The Alpha Challenge 2020 - Tide Hunter Edition anjuran Syarikat D'Sunlit Sdn. Bhd. berkenaan diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, di sini.

27.12.20-ALPHA challenge (3).jpg

27.12.20-ALPHA challenge (2).jpg

27.12.20-ALPHA challenge (5).jpg

Turut berangkat menyertai cabaran tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersama paduka-paduka anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan Sesi Senaman Memanaskan Badan, seterusnya Pelepasan Pendakian, disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Pada acara tersebut, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah turut berjaya menamatkan cabaran pendakian berkenaan.


27.12.20-ALPHA challenge (4).jpg

Pihak penganjur juga mengambil langkah keselamatan dengan mengehadkan jumlah penyertaan dalam setiap slot dan menyediakan sarung tangan yang wajib dipakai oleh setiap peserta demi mengelakkan bersentuhan tangan juga mengikut garis panduan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi D'Sunlit Sdn. Bhd. menerusi talian +673 2453666 atau menerusi e-mel 'thealphachallengebn@gmail.com' atau media sosial, Facebook 'The Alpha Challenge' atau ikuti menerusi Instagram '@thealphachallengebn' bagi sebarang maklumat terkini.


Attachments
Created at 12/28/2020 1:16 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/28/2020 1:16 PM by Lee Chin Foo