Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KETENGAHKAN ISU SOSIAL, KEMASYARAKATAN

‚Äč26.12.20-Takdir Keranamu.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto: Hj Mohd Norfaisal bin Hj Mat Salleh


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Disember 2020 - Sutera Memento dengan sokongan Cureheart dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menganjurkan Pementasan Pertama Teater Takdir : Keranamu yang merupakan salah satu pengisian program dalam sama-sama memeriahkan lagi Festival Brunei Disember (BDF 2020), malam tadi, di sini.

Pementasan teater tersebut berlangsung di Ruang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) di ibu negara dan dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri yang juga selaku tetamu kehormat pada acara tersebut. Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

26122020 _ takdir keranamu @yayasan (1).jpg

26122020 _ takdir keranamu @yayasan (2).jpg

Pementasan pertama Teater Takdir merupakan satu penjenamaan sebagai sebuah teater bersiri yang akan memaparkan pelbagai kisah-kisah kemasyarakatan dan isu-isu sosial sebagai wadah membarigakan kesedaran serta membuka mata dan juga minda tentang bagaimana isu-isu tersebut dapat meruntuhkan kesihatan mental seseorang.

Sehubungan itu, pementasan Keranamu, iaitu siri pertama Teater Takdir, mengemukakan bagaimana kehancuran rumah tangga boleh menjadi punca kegagalan fungsi sosial seseorang iaitu dengan mengemukakan isu keganasan rumah tangga dan kesan negatifnya terhadap ahli keluarga seperti tekanan (depresi), kegelisahan dan kecelaruan mental.

Dengan pementasan teater ini, Sutera Memento berharap agar masalah-masalah isu sosial dan kemasyarakatan seperti ini dapat diketengahkan dan menjadi 'suara' khususnya kepada para mangsa terhadap keperitan yang mereka alami serta bagaimana cara untuk menanganinya melalui bantuan yang ada.

Apa yang penting, Pementasan Teater Takdir : Keranamu juga melibatkan penglibatan belia tempatan iaitu dalam pengeluaran keseluruhan produksi teater ini, sebagai salah satu inisiatif bagi menyokong bakat dan karya tempatan iaitu baik dari segi barisan pelakon, penulisan skrip dan pengarahan serta kakitangan produksi dan teknikal.

Mendapat sokongan daripada Cureheart dan JAPEM, Sutera Memento juga berharap agar pementasan teater ini akan dapat diterima oleh masyarakat sebagai wadah kesedaran dalam membarigakan isu-isu komuniti dan sosial serta membantu para mangsa dengan platform-platform yang sedia ada dalam pelbagai cara.

26122020 _ takdir keranamu @yayasan (4).jpg

26122020 _ takdir keranamu @yayasan (3).jpg

Attachments
Created at 12/28/2020 12:44 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/28/2020 12:44 PM by Lee Chin Foo