Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
CHINA DAY BERI PELUANG ALAMI BUDAYA CINA

26.12.20-pembukaan china day (7).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hj Mohd Norfaisal bin Hj Mat Salleh - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Disember 2020 – Republik Rakyat Cina dan Negara Brunei Darussalam (NBD) mempunyai sejarah persahabatan yang panjang dan Laluan Sutera (Silk Road) mencatat sejarah pertukaran juga pembelajaran bersama di antara kedua buah negara. 

Kerjasama China - Brunei memainkan peranan positif dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke NBD, Puan Yang Terutama Yu Hong semasa Majlis Perasmian China Day yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Menurut Puan Yang Terutama, jalinan persahabatan China - Brunei memerlukan sokongan daripada rakyat kedua-dua negara, iaitu melalui budaya yang merupakan jambatan dalam menghubungkan hati dan emosi di antara masyarakat, ikatan pemahaman dan kepercayaan yang mendalam di antara kedua buah negara.

 26.12.20-pembukaan china day (2).jpg

26.12.20-pembukaan china day (3).jpg

PYT seterusnya berkata, pada tahun depan menandakan Ulang Tahun Ke-30 Jalinan Hubungan Diplomatik di antara China dan Brunei juga Ulang Tahun Ke-30 Penubuhan Perkongsian Dialog China dan ASEAN.

Kemajuan hubungan China - Brunei, jelasnya, bertemu dengan peluang penting dan China bersedia bekerjasama bersama Brunei untuk memperkukuhkan kerjasama dan berganding bahu untuk mencapai Objektif Jangka Panjang hingga Tahun 2035 juga Wawasan Brunei 2035.

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

China Day diadakan buat julung-julung kalinya di negara ini, yang mempamerkan budaya-budaya masyarakat Cina dalam menyokong Brunei December Festival (BDF) 2020 dan sebagai salah satu acara Tahun Pelancongan NBD - Republik Rakyat China, Tahun 2020.

Acara tersebut dihoskan oleh Kedutaan Republik Rakyat China ke NBD dengan sokongan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang dianjurkan oleh Brunei China Friendship Association.

Pelbagai acara kebudayaan dipersembahkan, termasuk persembahan seni bela diri, tarian dan lagu tradisi Cina, di samping interaksi juga pengalaman budaya Cina, seperti Tea Ceremony turut diadakan, di samping permainan Catur Cina, Kaligrafi Cina dan ping pong.

China Day dihasrat akan memberikan peluang kepada masyarakat di negara ini untuk mengalami budaya Cina secara lebih dekat dan mempromosikan pertukaran persahabatan di antara kedua negara.


26.12.20-pembukaan china day (1).jpg

26.12.20-pembukaan china day (4).jpg

26.12.20-pembukaan china day (6).jpg

26.12.20-pembukaan china day (8).jpg

Attachments
Created at 12/28/2020 12:29 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/28/2020 12:30 PM by Lee Chin Foo