Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TARIK MINAT PELAJARI, KUASAI BACAAN AL-QURAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Disember 2020- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Antarabangsa OKU 2020 bagi pelatih-pelatih; pegawai dan kakitangan Pusat Bahagia seluruh daerah; dan Ahli-ahli Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) juga persatuan-persatuan di bawahnya.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, KKBS, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

24122020 majlis khatam al-quran orang kelainan upaya (10).jpg

24122020 majlis khatam al-quran orang kelainan upaya (5).jpg

Turut hadir, Setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di KKBS, ibu-bapa dan penjaga pelatih Pusat Bahagia, pegawai juga kakitangan JAPEM dan Ahli-ahli MKOKU juga persatuan-persatuan di bawahnya.

Seramai 45 peserta, terdiri daripada 18 lelaki dan 28 perempuan berjaya menamatkan bacaan 30 juz Al-Quran.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diketuai oleh Yang Di-Pertua MKOKU, Dato Paduka Haji Mohd. Alimin bin Abdul Wahab, diikuti dengan bacaan Surah Adh-Duha hingga Surah An-Nas oleh para peserta khatam.

Doa Khatam Al-Quran dipimpin oleh Pelatih Pusat Bahagia Brunei dan Muara, Awangku Amirul Fa'iq @ Awangku Abdul Hakeem bin Pengiran Zali.

Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban beramai-ramai dan diakhiri dengan Penyerahan Cenderamata serta Sijil Khatam kepada peserta-peserta khatam oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

24122020 majlis khatam al-quran orang kelainan upaya (1).jpg

Sebelum menutup tirai majlis, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh seorang OKU Penglihatan, Awang Muhammad Jamary bin Danggat @ Jamary anak Danggat, disusuli dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, diimamkan oleh Ketua Guru Ugama, Pusat Bahagia Brunei Muara, Awang Haji Mayadi bin Haji Jais.

24122020 majlis khatam al-quran orang kelainan upaya (9).jpg

24122020 majlis khatam al-quran orang kelainan upaya (4).jpg

Majlis Khatam dianjurkan dengan kerjasama MKOKU dan persatuan-persatuan di bawahnya, antara lain bertujuan untuk menarik minat Pelatih-pelatih OKU untuk mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran; memupuk rasa kecintaan terhadap Al-Quran, di samping untuk meraih berkah dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Attachments
Created at 12/28/2020 11:17 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/28/2020 11:17 AM by Lee Chin Foo