Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS BAGI BANGUNAN BARU UNIT PERLINDUNGAN, KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN (KRK)

24.12.20-Perletakan Batu Asas Bgn Baru KRK (5).jpg

[Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Pembangunan Masyarakat]

Bandar Seri Begawan, Khamis, 24 Disember 2020 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Perletakan Batu Asas bagi pembinaan bangunan baru Unit Perlindungan, Kompleks Rumah Kebajikan (KRK), di tapak bangunan tersebut yang terletak di Kampung Belimbing Subok pada pagi ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis ini ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

24.12.20-Perletakan Batu Asas Bgn Baru KRK (6).jpg

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan; pegawai-pegawai kanan di KKBS dan Kementerian Pembangunan.

Bagi memberkati majlis, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan doa khas yang di ketuai oleh Ustaz Haji Nordin Bin Haji Durahman, Guru Ugama KRK. Acara kemudian diteruskan dengan penyempurnaan perletakan batu asas bangunan baru Unit Perlindungan oleh tetamu kehormat.

.24.12.20-Perletakan Batu Asas Bgn Baru KRK (4).jpg

Bangunan ini akan berfungsi sebagai rumah perlindungan dan tempat keselamatan bagi penghuni dan residen lelaki dan perempuan dewasa; warga emas; kanak-kanak; dan anak damit yang terlibat dengan masalah sosial. Kemasukan kes-kes tersebut ke KRK adalah melalui Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Orang Muda 2010 dan Akta PerempuanPerempuan dan Gadis-Gadis Penggal 120.

Pembinaan bangunan baru ini adalah berkonsepkan rumah (homey) kontemporari, kekeluargaan dan bersesuaian dengan persekitaran yang selamat serta selesa. Konsep struktur bangunan juga akan mengambilkira keperluan dan kesesuaian bagi Orang Kelainan Upaya (OKU). Projek pembinaan ini mula dibina pada bulan November 2020 dan akan dijangka siap pada bulan Disember 2021.

Attachments
Created at 12/24/2020 1:17 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/24/2020 1:18 PM by Lee Chin Foo