Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
‘ILO ILO’ MERIAHKAN BFB

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman - Penerangan


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Disember 2020 - Bersempena dengan Hari Penghargaan Filem Singapura, Brunei Film Blitz (BFB) hari ini menayangkan sebuah filem bertajuk 'Ilo Ilo', arahan Anthony Chen yang menampilkan para pelakon antarabangsa, termasuk pelakon Singapura, Chen Tianwen; Yeo Yann Yann dari Malaysia; Angel Bayani dari Filipina; dan pelakon kanak-kanak, Koh Jia Ler.

Filem tersebut memberikan aura dan impak di arena filem global ketika tayangan perdananya pada tahun 2013 di Cannes Film Festival, sebagai sebahagian daripada 'Director's Fortnight' dan telah dianugerahkan Camera d'Or menjadi filem Singapura pertama yang memenangi anugerah berkenaan pada festival tersebut.

'Ilo Ilo' juga terpilih sebagai filem Singapura yang berjaya meraih 'Best Foreign Language' di 86th Academy Award.

22.12.20-Brunei Film Blitz-Penerangan.1.jpg

22.12.20-Brunei Film Blitz Spore.Penerangan.2.jpg

Antara yang hadir bagi sama-sama menyaksikan filem tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Singapore High Commissioner-designate to Brunei Darussalam, Heng Aik Yeow; para pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, KKBS, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD); dan para diplomat.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Bandar Seri Begawan, Raymond Chow antara lain berharap filem tersebut boleh menyajikan orang Brunei dengan tekstur dan irama kehidupan seharian di Singapura, sekali gus dapat mempromosi pertukaran budaya di antara kedua buah negara.

Filem tersebut akan ditayangkan sehingga 23 Disember 2020 bertempat di Mahakarya Institute of the Arts Asia, Plaza Athirah.


Attachments
Created at 12/23/2020 10:41 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/23/2020 10:41 AM by Lee Chin Foo