Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SANTAI BERSAMA KELUARGA LABUHKAN TIRAI

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman- Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Disember 2020- Acara Santai Bersama Keluarga (SBK) anjuran Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) dengan kerjasama pihak pengurusan Hotel Wafa dan Apartmen, Kompleks Annajat melabuhkan tirainya hari ini.

Aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan 25 buah keluarga daripada kalangan klien-klien MKM dari Daerah Brunei dan Muara berakhir dengan Majlis Penutup yang dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut selaku tetamu kehormat.

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada ketua-ketua keluarga dan penaja.

Antara tujuan utama SBK diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim khususnya dalam kalangan ahli keluarga klien MKM yang merupakan salah satu platform bagi meningkatkan semangat kekeluargaan dan rasa cinta penuh kasih antara anak-anak dan ibu bapa dengan menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disusun oleh pihak penganjur.

Sebelum ini, SBK juga telah dilaksanakan bagi klien-klien dari Daerah Temburong pada 10 Disember dan bagi klien dari Daerah Tutong dan Daerah Belait pada 16 Disember yang lalu.

Program SBK berjaya dilaksanakan dengan adanya sokongan daripada pihak pengurusan Hotel Wafa dan Apartmen, Kompleks Annajat dengan menaja kemudahan-kemudahan yang terdapat di hotel berkenaan seperti kolam renang dewan dan Taman Air untuk digunakan oleh para peserta sepanjang tiga kali acara SBK berlangsung.

Selain itu Syarikat Freme Travel juga menaja pengangkutan percuma mengambil dan menghantar para peserta dari Daerah Temburong, Daerah Tutong dan Belait dengan menggunakan tiga buah bas dan kerjasama daripada para dermawan, Ahli-ahli MKM, Youth Wing MKM serta warga kerja Firma Guaman YHP.

MKM merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan sejak bulan Disember 2009 dengan objektif untuk membantu menangani isu-isu sosial di negara ini, iaitu ke arah meningkatkan kebajikan bagi golongan yang kurang berkemampuan.

22.12.20-santai sama keluarga.Penerangan.2.jpg

22.12.20-Santai Bersama Keluarga. Penerangan.1.jpg

Attachments
Created at 12/23/2020 10:34 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/23/2020 10:34 AM by Lee Chin Foo