Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
GRADUAN PPB DIRAIKAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Azmah Haji Ahad - Penerangan

TANAH JAMBU, Isnin, 21 Disember 2020 - Seramai 285 graduan Pusat Pembangunan Belia (PPB), terdiri daripada pelatih yang telah menamatkan pengajian, pada sesi Julai 2018, Januari 2019 dan Julai 2019 menerima sijil setelah berjaya menamatkan kursus masing-masing.

Sehubungan itu, pada Majlis Konvokesyen PPB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), yang berlangsung pada sebelah pagi, di Dewan Binadiri, PPB, di sini, seramai 151 graduan menerima persijilan City & Guilds Level 2, 1 dan Skills Proficiency bagi Sesi Januari juga Sesi Julai 2019.

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyempurnakan Penyampaian Sijil-sijil kepada para graduan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Sementara itu, pada sebelah petang pula, Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud kepada 134 graduan yang menerima persijilan City & Guilds Level 2, 1 dan Skills Proficiency bagi Sesi Januari 2018; dan Persijilan Kemahiran PPB bagi Sesi Julai 2018, Sesi Januari dan Sesi Julai 2019.

Para penerima sijil terdiri daripada mereka yang mengikuti Level 2 Award in 2D Computer Aided; Level 1 Diploma Accident Repair Body; ITQ Level for IT User; Level 1 Certificate in Food Preparation and Cooking / Skills Proficiency Certificate in Food Preparation and Cooking; Level 1 Certificate in Food and Beverage Service / Skills Proficiency Certificate in Food and Beverage Service; Level 1 Certificate in Engineering Fabrication and Welding Technology; Level 1 IVQ Certificate in Refrigeration and Air Conditioning / Skills Proficiency Certificate in Basic Refrigeration and Air Conditioning; Skills Proficiency Certificate in Basic Plumbing; Sijil Kemahiran Computer Aided Design; Sijil Kemahiran Penghawa Dingin dan Pendinginan; Sijil Kemahiran Pemasangan Paip Air Domestik; Sijil Kemahiran Teknologi Rekaan Fesyen; Sijil Kemahiran Terapi Kecantikan; Sijil Kemahiran Baik Pulih Kenderaan; juga Sijil Kemahiran Seni Kulinari dan Bankuet.

21.12.20-Konvokesyen PPB by YBD (3).jpg

Terdahulu, Penolong Pengarah PPB, Dayang Fauziah binti Haji Mohd. Salleh selaku Pengerusi Majlis, antara lain melahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada para graduan atas kejayaan mereka menamatkan kursus di bidang masing-masing.

Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil usaha gigih mereka dengan sokongan padu daripada ibu bapa, penjaga dan keluarga juga tunjuk ajar daripada tenaga-tenaga pengajar yang komited dan berdedikasi.

''Semoga kejayaan ini akan berterusan dan menjadi motivasi kepada bakal-bakal penerima sijil bagi menghadapi cabaran kehidupan dan dapat menggunakan ilmu juga kemahiran yang dipelajari dan pengalaman yang diperoleh dalam apa juga bidang kerjaya masing-masing,'' tambahnya lagi.

Pada majlis tersebut, seramai tiga graduan terpilih untuk menerima Anugerah Pelatih Cemerlang bagi Sesi Julai 2018, Sesi Januari dan Sesi Julai 2019.

 21.12.20-Konvokesyen PPB by YBD (10).jpg

Bagi Sesi Julai 2018, Anugerah Pelatih Cemerlang diterima oleh Awang Muhammad Wazien bin Shahrin dari Kursus Skills Proficiency Certificate in IT For Office Application / Level 1 Certificate in IT Users, manakala Anugerah Pelatih Cemerlang Sesi Januari 2019 diterima Dayang Siti Nur Zaimah binti Zaini dari Kursus Skills Proficiency Certificate in Plumbing.

Sementara itu, bagi Sesi Julai 2019, Anugerah Pelatih Cemerlang diterima oleh Awang Abd. Mushawwir @ Asrul bin Haji Kamis dari Kursus Skills Proficiency Certificate in IT For Office Application / Level 1 Certificate in IT Users.

21.12.20-Konvokesyen PPB by YBD (1).jpg

PPB akan sentiasa terus mengorak langkah dalam meningkatkan lagi usaha-usaha ke arah melahirkan belia-belia berkemahiran, berdaya saing juga mempunyai ciri-ciri positif yang lain demi pembangunan sosioekonomi selaras dengan Dasar Belia Negara dan Wawasan Negara 2035.

Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak baik di peringkat keluarga, masyarakat, pihak kerajaan dan swasta merupakan asas dalam memastikan kejayaan ini dapat dicapai.

Antara matlamat Majlis Konvokesyen PPB adalah untuk memberikan keyakinan diri, galakan dan dorongan juga penghargaan kepada pelatih-pelatih yang menamatkan kursus, di samping memberikan dorongan kepada mereka, seterusnya agar mereka berusaha dengan keupayaan dan kemampuan yang ada untuk mencapai kejayaan.


Attachments
Created at 12/22/2020 8:25 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/22/2020 8:25 AM by Lee Chin Foo