Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEMBANGKAN BAKAT PELAJAR MUDA DALAM TEATER PEMENTASAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas - Penerangan

Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas - Penerangan

 

TUNGKU LINK, Ahad, 20 Disember 2020 - Universiti Teknologi Brunei (UTB) dengan kerjasama Reading and Literacy Association (ReLA) dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam menganjurkan Persembahan Drama Pentas Perdana, 'A Theaterical English Classical Drama (2020) Jane Eyre', berlangsung di Dewan Serbaguna, universiti berkenaan, di sini.

Seramai 25 pelajar muda dari pelbagai institusi pendidikan, termasuk alumni dari UTB, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Menengah Chung Hwa dan Sekolah Saint's Andrews menyertai Persembahan Drama Pentas Perdana tersebut.

 20.12.20-Persembahan Drama.Penerangan2.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyaksikan Persembahan Drama Pentas Perdana berkenaan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Drama Pentas berkisah sastera klasik, yang diadaptasi dari Novel Charlotte Bronte itu merupakan salah satu buku yang diajarkan di sekolah-sekolah menengah yang ditawarkan, di negara ini, untuk Peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'O' dan 'A' Level.

 20.12.20-Persembahan Drama.Penerangan1.jpg

Jane Eyre adalah sastera klasik yang mengaitkan tentang wanita, berpendidikan, berdikari, selain isu etika yang masih relevan dengan masyarakat hari ini.

Persembahan Drama Pentas tersebut bertujuan untuk mengembangkan bakat para pelajar muda tempatan dalam teater pementasan, di samping meningkatkan lagi kemampuan dan kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai, sekali gus mendorong mereka untuk meminati sastera Inggeris sebagai pilihan mata pelajaran di sekolah.

Juga hadir, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke negara ini, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.


Attachments
Created at 12/21/2020 11:42 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/21/2020 11:42 AM by Lee Chin Foo