Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Berangkat saksikan Kejohanan Bola Sepak Bawah 14 Tahun

‚Äč1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Ihsan Media Permata

Foto :  Masri Osman & Muhammad Asri Haji Awang Abas [Jabatan Penerangan], Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman [ KKBS ]

 

2.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim beraksi menyertai pasukan Sekolah Antarabangsa Brunei di dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 14 Tahun sempena Brunei DPMM FC Football Fanfare 2018 di Stadium Mini Jerudong.

Terlebih dahulu di majlis Brunei DPMM FC Football Fanfare 2018 menyaksikan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat di majlis pembukaan Brunei DPMM FC Fanfare 2018 di sini.
DSC_0236.jpg
Di awal majlis itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura, Razali Mohamad Saad menyampaikan ucapannya yang antaranya menegaskan penyertaan Brunei DPMM FC di dalam Liga Singapura bukan hanya sebagai pelengkap pertandingan, malah menjadi pencabar yang disegani.

''Brunei DPMM FC pernah menjulang piala liga dan ia membuktikan kemampuan pasukan dari bumi Darussalam ini dalam kojohanan itu, dan saya amat berbesar hati atas fungsi Brunei DPMM FC dalam sama-sama memajukan lagi kancah bola sepak singapura,'' ujar Razali lagi.

Para hadirin dan jemputan kemudiannya diperkenalkan kepada pasukan Brunei DPMM FC bagi Liga Singapura musim 2018, diikuti dengan sesi ramah mesra yang kemudiannya disusuli dengan acara penyerahan jersi kepada pasukan-pasukan yang menyertai perlawanan bola sepak dan klinik bola sepak yang dianjurkan di majlis berkenaan.

Pasukan ISB mara ke peringkat separuh akhir setelah mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kalah menyusuli pasukan Projek Ikan Pusu 'A' yang muncul juara kumpulan 'A' manakala dalam kumpulan 'B' pula Pasukan Projek Ikan Pusu 'B' tampil juara meninggalkan pasukan DASH Academy.

Pada peringkat separuh akhir, ISB berjaya menumpaskan Projek Ikan Pusu 'B' dengan jaringan 2-0, manakala Dash Academy pula menewaskan Projek Ikan Pusu 'A' melalui sepakan penalti setelah seri tanpa jaringan.

Namun begitu ISB terpaksa akur di tangan Dash Academy dalam perlawanan akhir apabila tewas dengan jaringan 1-3 sekali gus muncul naib juara kejohanan itu.


Attachments
Created at 3/12/2018 5:35 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 3/12/2018 5:46 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan