Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Lebih 1500 Larian Hari Kebangsaan di DBM

‚ÄčDSC_9951.jpg

Sumber :  Pelita Brunei

Oleh : Marlinawaty Hussin [Jabatan Penerangan]

Foto : Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Othman [KKBS]


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Mac. -  Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan menjadi tumpuan utama Larian Hari Kebangsaan 2018 bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM).

Lebih 1500 peserta menyertai Larian Hari Kebangsaan 2018  anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam.

Hadir menyertai larian tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Acara dimulakan dengan sesi senaman pemanasan badan dan diteruskan dengan pelepasan acara larian  mengikut kategori iaitu kategori Wanita Terbuka, kategori Lelaki Terbuka sejauh 10 kilometer serta kategori Fun Run Terbuka, 4 kilometer.

 DSC_0111.jpg

Kategori Lelaki Terbuka dijuarai oleh Ammouta Younes, manakala tempat kedua diraih oleh David Patton dan Sefli Ahar di tempat ketiga.

 DSC_0050.jpg

Bagi kategori Wanita Terbuka, juara ialah Yvette Jacobine Maria Kortekas, diikuti dengan Vanessa Lobb di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Airinee Liam

Larian Hari Kebangsaan 2018 adalah untuk memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun 2018 bagi menggalakkan masyarakat di negara ini mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.

Di samping itu, ia dapat memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara.

KKBS akan terus mengusahakan projek-projek sukan untuk masyarakat terutama dalam memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti larian untuk dibudayakan sekaligus menghidupkan sukan berasaskan larian di negara ini.

Attachments
Created at 3/12/2018 5:07 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 3/12/2018 5:42 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan