Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PESERTA BENGKEL ASAS BAHASA ISYARAT TERIMA SIJIL

‚Äč15.10.20-Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (14).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Sufyan Aiman bin Sufri - Jabatan Pembangunan Masyarakat (KKBS)

 

TEMBURONG, Khamis, 15 Oktober 2020 - Bengkel Asas Bahasa Isyarat anjuran Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) menutup tirainya hari ini dengan Majlis Penyampaian Sijil yang berlangsung di Dewan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

Seramai 22 peserta yang terdiri daripada Ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Temburong dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Temburong mengikuti bengkel selama tiga hari tersebut bermula 13 Oktober yang lalu.

Penyampaian sijil kepada para peserta disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Kebudayaan dan Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari selaku tetamu kehormat majlis.

 15.10.20-Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (13).jpg

15.10.20-Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (3).jpg

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu selaku Penghulu Mukim Bokok, Temburong; dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

 15.10.20-Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (2).jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh salah seorang peserta bengkel, Awang Haji Hamdan bin Haji Bakar, disusuli dengan persembahan nyanyian 'Oh Kanak-Kanak' menggunakan bahasa isyarat daripada para peserta.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video pendek mengenai aktiviti yang diadakan oleh para peserta sepanjang mengikuti bengkel tersebut.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai Bengkel Bahasa Isyarat boleh menghubungi Bahagian OKU menerusi talian +673 2330315 atau e-mel 'pusatbahagia@gmail.com'.


15.10.20-Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (9).jpg

15.10.20-Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (7).jpg

Attachments
Created at 10/17/2020 9:12 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/17/2020 9:12 AM by Lee Chin Foo