Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEMPEN KEBERSIHAN, PENANAMAN POKOK BUAH

12102020_Kempen Maritim_kkbs (4).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim.

Foto : Hajah Ajijah Haji Ali - KKBS & ihsan Jabatan Muzium-Muzium.


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Oktober. - Jabatan Muzium-Muzium Mengadakan Kempen Kebersihan dan Penanaman Pokok Buah di Muzium Maritim Brunei Darussalam dan sekitarnya di mana penanaman tersebut didahului oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. 

Terdahulu, sebelum acara dimulakan, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dibawa untuk memprebiu sudut cerap dan Galeri Tapak Warisan Arkeologi di Muzium Maritim. 

Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad menjelaskan bahawa majlis tersebut antara lainnya untuk 'membisaikan' dan mencantikkan kawasan persekitaran, juga meningkatkan pembangunan kapasiti Jabatan Muzium-Muzium dalam mempelajari sesuatu yang di luar bidang melalui Environmental Education, sekali gus mempraktikkan budaya bergotong-royong. 

Sebanyak 177 pokok buah dan bunga ditanam di kawasan Muzium Maritim Brunei Darussalam dan sekitarnya, sebahagian daripadanya adalah sumbangan daripada Stesen Penyelidikan Pertanian Birau, Tutong, Jabatan Pertanian dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

 12102020_Kempen Maritim_kkbs (8).jpg12102020_Kempen Maritim_kkbs (10).jpg


Turut hadir, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengarah-pengarah dari Jabatan-jabatan Kerajaan dan Pemangku Ketua Kampung Pelambayan. 

Menyoroti sejarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyempurnakan perasmian muzium berkenaan pada 23 Mac 2015. 

12102020_Kempen Maritim_JMM (4).jpg

Muzium Maritim Brunei Darussalam merupakan repositori sejarah maritim yang mengandungi peninggalan artifak dan pertukangan maritim dari berbagai-bagai era. Terdapat tiga galeri iaitu :- Galeri Kapal Karam Brunei, Galeri Kegemilangan Maritim Brunei, Galeri Tapak Warisan Arkeologi. 

Daripada pembukaan muzium berkenaan, seramai 140,774 orang pengunjung melawat Muzium Maritim Brunei Darussalam dan 55 peratus daripada pengunjung terdiri daripada pelawat negara asing.


Attachments
Created at 10/13/2020 10:58 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 10/13/2020 11:01 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan