Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MERAIKAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

Hari Kesihatan Mental 2020@IBTE (1).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin -Penerangan

Foto : Hajah Ajijah Haji Ali - KKBS


BERAKAS, Sabtu, 10 Oktober. - Pameran Kesihatan Mental atau Mental Health Fair kini berlangsung di Sekolah Penerbangan IBTE, Kampus Sultan Saiful Rijal bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, yang disambut setiap 10 Oktober.

Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat majlis.

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat menyaksikan aktiviti kecergasan daripada HSN Fitness, kemudiannya mengadakan lawatan, antaranya ke petak terapi seni, yang dikendalikan oleh Dato Shofry Abdul Ghafor. 

Selain itu, Yang Berhormat turut menyaksikan pameran daripada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al- Hajjah Maryam; AMLife; Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); Pusat Da'wah Islamiah; PEKA; Cureheart dan Clarity; juga demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara. 

Terdahulu, acara tersebut bermula dengan ucaptama, disampaikan oleh Ili Aiman Abdul Rahman, yang mengongsikan mengenai AMLife, iaitu perniagaan penjagaan kesihatan melalui tidur. 

Beliau menerangkan mengenai kepentingan tidur dan hubungannya dengan kesihatan juga kesejahteraan mental. 

Turut diadakan pada acara berkenaan, forum yang membincangkan mengenai topik berkaitan 'Membina Masyarakat Sihat bagi Pembangunan Positif'. 


Hari Kesihatan Mental 2020@IBTE (3).jpg

Ahli-ahli panel, terdiri daripada Pengasas Cureheart merangkap Kaunselor di Clarity Sendirian Berhad, Hajah Norajleen Uminatul Hafizan binti Haji Alimas; Presiden PEKA, Diny bin Haji Karim; dan Qudos Management, Dayangku Noorbaizura binti Pengiran Haji Daud. 

Sementara itu, forum kedua pula membincangkan tajuk 'Kualiti Kehidupan dan Kesejahteraan', menampilkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Pengarah dan Ahli Psikologi Clarity, Todd McPherson; Penolong Kauselor Penjara Maraburong, Fariszal bin Ali; dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, JAPEM, Irnawati binti Haji Mahir. 

Hari Kesihatan Mental 2020@IBTE (5).jpg

Pameran tersebut disokong oleh Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Kementerian Pendidikan; dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ia turut melibatkan AMLife dan Ili Wax Co sebagai rakan-rakan strategi utama.

Attachments
Created at 10/12/2020 10:18 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 10/12/2020 10:21 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan