Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KKBS SEDIAKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi (Ihsan Jabatan Pembangunan Masyarakat)

 

BERAKAS, Selasa, 15 September 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Unit Kaunseling dan Sukarelawan, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) memberikan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat dan klien-klien JAPEM.

150920.Perkhidmatan Kaunseling.JAPEM.1.jpg

Isu yang ditangani adalah tidak terhad kepada remaja sukar dikawal, isu sosial, eksploitasi, pengabaian, keganasan dan penderaan rumah tangga, penganiayaan seks dan lain-lain.

Tatacara kaunseling adalah sama seperti agensi-agensi lain di Negara Brunei Darussalam, walau bagaimanapun, Unit Kaunseling dan Sukarelawan, JAPEM mempunyai fokus yang meluas kepada masyarakat tempatan.

Perkhidmatan kaunseling yang disediakan adalah seperti Kaunseling Individu, Kaunseling Pasangan, Kaunseling Keluarga, Kaunseling Kelompok, Bimbingan dan Motivasi serta Program-program yang boleh direka khusus mengikut keperluan kumpulan sasaran atau klien di mana tertakluk kepada ketersediaan unit tersebut.

150920.Perkhidmatan Kaunseling.JAPEM.2.jpg

Orang ramai boleh mengakses perkhidmatan kaunseling JAPEM sama ada hadir sendiri ke Unit Kaunseling dan Sukarelawan, Bangunan Bantuan Am, JAPEM, KKBS yang terletak di Jalan Kebangsaan Lama, Kampung Pulaie iaitu bersebelahan Pusat Bahagia atau dengan membuat temu janji kaunseling dengan membuat panggilan terus menerusi talian +673 2333141 atau melalui e-mel di 'Kaunseling.JAPEM@gmail.com' dan dalam masa yang sama, pihak Unit Kaunseling turut menerima mana-mana individu yang dirujuk daripada agensi-agensi lain.

Antara dokumen yang diperlukan untuk dibawa bersama semasa berkunjung ke Unit Kaunseling ini ialah kad pengenalan asal bagi tujuan pendaftaran dan seterusnya kaunselor yang bertugas akan menjalankan sesi pengambilan kaunseling dan turut disarankan individu yang dipohonkan perkhidmatan kaunseling untuk hadir sama.

Unit Kaunseling dibuka pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu pada jam 7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari dan1.45 petang hingga 4.30 petang. Menurut maklumat daripada pihak Unit Kaunseling, perkhidmatan tersebut juga dijalankan di cawangan JAPEM Tutong, Kuala Belait dan Temburong tertakluk kepada keperluan klien.

Proses kaunseling akan dijalankan bermula dengan sesi pengambilan kaunseling (intake session) secara temu duga oleh kaunselor yang bertugas (Counselor On Duty) bagi mengetahui latar belakang dan maklumat lanjut serta seterusnya temu janji sesi kaunseling (pada tarikh yang berlainan) akan diberikan setelah penyelarasan dibuat oleh kaunselor.

Lazimnya, sesi kaunseling akan berjalan selama 45 minit kepada 60 minit bagi setiap sesi kaunseling individu dan kekerapan sesi kaunseling diadakan berbeza daripada klien ke klien lainnya.

Bagi klien di bawah umur, Unit Kaunseling, JAPEM akan menyediakan borang maklumat dan keizinan sebelum sesi kaunseling dijalankan dan Unit Kaunseling, JAPEM sentiasa menitikberatkan kerahsiaan terhadap setiap klien dan pada masa ini, setiap kaunselor berpandukan etika kaunseling dari American Counselling Association (ACA).

Pelita Brunei juga difahamkan setakat 7 September 2020, seramai empat orang kaunselor menangani kes masyarakat tempatan dan untuk makluman orang ramai, perkhidmatan kaunseling JAPEM tidak dikenakan sebarang bayaran pendaftaran atau bayaran lain.


Attachments
Created at 9/16/2020 11:49 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/16/2020 11:51 AM by Lee Chin Foo