Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
194 BUAH LUKISAN DIPAMERKAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

MANGGIS, Sabtu, 12 September 2020 - Kedutaan Republik Turki menganjurkan buat pertama kalinya Pameran Lukisan hasil karya Pengiran Abd. Wahab Hassan Al-Abbas, yang diadakan di kedutaan republik berkenaan yang beralamat di No. 27, Simpang 52, Kampung Manggis Satu bermula 12 September hingga 20 September 2020.

 130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (3).jpg

Pameran The Flowing Ancient River itu mempamerkan sebanyak 194 buah lukisan dalam tiga tema yang berbeza, namun berkait rapat di antara satu dengan lainnya, iaitu 'spiritual development', 'nature' dan 'Kampong Ayer' yang dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (2).jpg

130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (4).jpg

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun dalam ucapannya antara lain menjelaskan bahawa pameran tersebut akan dibukakan kepada orang ramai bermula esok hingga 20 September 2020 di ruang legar kedutaan berkenaan bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut TYT, pelbagai acara sampingan turut diadakan sebagai memanfaatkan pengalaman Pengiran Abd. Wahab Hassan Al-Abbas yang kini sudah 24 tahun melibatkan diri dalam bidang seni lukisan.

130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (7).jpg

Selain itu katanya, sesi interaktif melukis secara langsung bersama Pengiran Abd. Wahab Hassan Al-Abbas, Pengiran Timbang bin Pengiran Haji Tuah dan Dr. Haji Zakaria bin Abd. Hamid, para pelukis muda serta pelajar jurusan lukisan pada jam 10.00 pagi, sementara pada jam 3.00 petang, kelas induk akan diadakan esok bersama para pelukis muda.

130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (8).jpg

Sementara pada Khamis pula, jam 3.00 petang, sesi perbincangan mengenai lukisan akan dikendalikan oleh Pengiran Abd. Wahab Hassan Al-Abbas, Pengiran Timbang bin Pengiran Haji Tuah dan moderator Awang Osman Mohammad, manakala pada Jumaat, 18 September 2020, jam 4.30 petang, satu kelas induk akan diadakan bersama kanak-kanak kelainan upaya.

"Hasil daripada penjualan pameran tersebut itu juga nanti, sebanyak 20 peratus akan didermakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan 10 peratus pula akan didermakan kepada kesejahteraan haiwan," ujar Pengiran Abd. Wahab Hassan Al-Abbas dalam ucapan alu-aluannya.

130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (10).jpg

130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (11).jpg

130920.Pameran Lukisan di Kedutaan Turki (12).jpg

Attachments
Created at 9/14/2020 9:20 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/14/2020 9:22 AM by Lee Chin Foo