Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MANGSA BENCANA KEBAKARAN TERIMA BANTUAN KEWANGAN

‚ÄčKementerian Kebudyaan, Belia dan Sukan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020- Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran rumah yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Katok B, Daerah Brunei dan Muara pada 22 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

30072020 penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran@tkt8 kkbs (1).jpg

30072020 penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran@tkt8 kkbs (2).jpg

Attachments
Created at 7/30/2020 3:39 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/3/2020 10:38 AM by Lee Chin Foo