Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
8 PELAJAR MENAMATKAN PENEMPATAN KERJA DIRAIKAN

​Kementerian Kebudayaan. Belia dan Sukan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 â€“ Seramai 8 orang pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Brunei Darussalam telah menamatkan penempatan kerja selama tiga bulan yang bermula dari 02 Mei hingga 31 Julai 2020,  di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil kepada para pelajar berkenaan ialah Pemangku Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus.

Pemangku Pengarah dalam ucapan ringkasnya menyampaikan penghargaan kepada ketua-ketua jabatan dan penyelia yang memberikan bimbingan dan latihan yang diperlukan bagi mereka menamatkan penempatan berkenaan. Penempatan berkenaan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk mempersiapkan mereka bagi kerjaya masa depan.

Dalam pada itu, beliau juga melahirkan harapan penempatan para pelajar berkenaan di kementerian membuahkan hasil dan mereka akan dapat memanfaatkan pengalaman yang diperolehi demi kerjaya masa depan.

Sejurus ucapan-ucapan ringkas dari wakil pelajar berkenaan, dan seterusnya majlis diikuti dengan penyampaian sijil kepada para pelajar sebelum diakhiri dengan gambar ramai.

300720.Hari Terakhir Penempatan Kerja (8).jpg

300720.Hari Terakhir Penempatan Kerja (3).jpg

IMG_20200730_151719.jpg

300720.Hari Terakhir Penempatan Kerja (1).jpg

Attachments
Created at 7/30/2020 11:23 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/30/2020 3:22 PM by Lee Chin Foo