Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PELANCARAN VIDEO KLIP 100 HARI SUKARELAWAN BELIA DAN WARTA BELIA EDISI PERTAMA

DSC_8899.jpg

‚ÄčKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, 25 Jun 2020 -  Laungan "Kita Berjuang Bersama" ialah sahutan barisan Sukarelawan Belia yang melambangkan semangat kekitaan dan kesatuan. Langkah mereka atas dasar perpaduan demi perjuangan buat warga peribumi, pemimpin dan Negara Brunei Darussalam yang dikasihi.

Barisan Sukarelawan Belia mula beroperasi secara rasmi pada 18 Mac 2020 ketika negara kita sedang dilanda pandemik penularan wabak COVID-19.

Di sebalik barisan itu ialah para belia yang secara sukarela menyumbangkan bakti menjadi tangan bantuan bagi sama-sama membantu usaha Kerajaan membendung penularan wabak COVID-19. Alhamdullillah, hari ini 25 Jun 2020 genaplah 100 hari penubuhan Sukarelawan Belia. 

Kesepaduan barisan belia hari ini menunjukkan betapa perjuangan mereka akan terus bersemarak di bumi Brunei ini. Atas izin Allah Ta'ala jua, Insya-Allah selagi khidmat bakti mereka diperlukan, mereka akan tetap melangkah dan berjuang. Sahutan "Kita Berjuang Bersama" akan terus bergema di persada Darussalam.

Genap 100 Hari Penubuhan Sukarelawan Belia, satu Majlis Pelancaran Video Klip 100 Hari Sukarelawan Belia Dan Warta Belia Edisi Pertama diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

DSC_8907.jpg

Hadir untuk melancarkan majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

DSC_8916.jpg

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, pengarah-pengarah dari serta para sukarelawan yang terlibat.

DSC_8924.jpg

DSC_8942.jpg

DSC_8947.jpg

DSC_8955.jpg

Attachments
Created at 6/27/2020 3:25 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/27/2020 3:27 PM by Lee Chin Foo