Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KKBS, KUMPULAN BELIA ADAKAN KHATAM AL-QURAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Mei 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kumpulan Belia-belia Negara Brunei Darussalam mengadakan Majlis Khatam bagi menandakan selesainya bacaan 30 Juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang dilaksanakan secara berasingan di pejabat masing-masing.

210520.Majlis Khatam KKBS-Dato.edited.jpg

Majlis Khatam yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Diikuti dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Perlindungan daripada wabak COVID-19 oleh Tenaga Pengajar Al-Quran, Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Abd. Halim bin Mohd. Fuad.

Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pengajar Pusat Pembangunan Belia (PPB), Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Awang Haji Kamsani.

Majlis juga diungkayahkan bagi memperingati peristiwa yang signifikan bagi umat Islam, iaitu Nuzul Al-Quran, di mana kitab suci Al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara berperingkat sebagai petunjuk dan keterangan juga menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan salah bagi sekalian manusia.

khatam kkbs 210520 (3).jpg

Pada tahun ini, dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga, acara khatam Al-Quran dilaksanakan di setiap jabatan dan individu belia, secara serentak melalui kaedah penggunaan pembesar suara (speaker) dalam bangunan, penstriman langsung (live streaming) melalui platform digital, seperti Facebook atau Instagram, Microsoft team dan Zoom.

khatam kkbs 210520 (1).jpg

210520.Khatam KKBS-Belia.jpg

210520.Khatam KKBS-DBP.1.jpg

Turut hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Pengiran Haji Mohammad Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya; juga golongan belia-belia daripada Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Pusat Pembangunan Belia (PBB) dan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT).

Attachments
Created at 5/23/2020 11:57 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/23/2020 12:04 PM by Lee Chin Foo