Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
175 PELAJAR, PELATIH PUSAT BAHAGIA TERIMA SUMBANGAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

BERAKAS, Khamis, 21 Mei 2020 - Seramai 175 pelajar dan pelatih dari Pusat Bahagia, Brunei dan Muara menerima sampul bersempena persiapan kedatangan bulan Syawal dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri serta hadiah berupa 'Goodie Bags' pada Majlis Sumbangan Hari Raya yang diadakan secara pandu lalu (drive-thru) di kawasan letak kereta VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Majlis sumbangan tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan tajaan dari Syarikat Galleria YMRM.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said dan Pengerusi Syarikat Galleria YMRM, Ramesh J. Bhawnani.

21052020 Sumbangan Hari Raya Drive thru YMRM @Stadium (1).jpg

21052020 Sumbangan Hari Raya Drive thru YMRM @Stadium (3).jpg

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Dayang Saidah binti Haji Wahid; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh serta Pegawai-pegawai kanan di KKBS dan Syarikat Galleria YMRM.

Majlis ini merupakan acara tahunan KKBS bersama Syarikat Galleria YMRM sejak tahun 2016 yang lalu di mana ia bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pelajar dan pelatih bersama pegawai serta tenaga kerja Pusat Bahagia dengan beberapa rakan strategik.

Majlis tersebut dihasratkan agar dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada pelajar-pelajar dan para pelatih OKU dalam sama-sama melakukan ibadat pada bulan Ramadan dan persediaan Hari Raya yang bakal menjelang.

Majlis ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan golongan OKU untuk berhadapan dengan masyarakat bahkan juga dapat meningkatkan keterlibatan mereka di dalam masyarakat. Oleh itu, para dermawan dan sukarelawan di Negara Brunei Darussalam adalah digalakkan untuk memeduli kebajikan golongan OKU secara aktif menerusi apa jua aktiviti atau sumbangan yang berkaitan.

Attachments
Created at 5/23/2020 11:52 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/23/2020 11:52 AM by Lee Chin Foo