Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
32 ANAK YATIM WARGA KKBS TERIMA SUMBANGAN

‚ÄčSiaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Mei 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Jabatan-jabatan di bawahnya sama-sama meraih peluang keberkatan dan ganjaran pahala pada bulan Ramadan yang mubarak ini dengan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Derma Anak-anak Yatim bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1441H / 2020M.

Pada tahun ini, dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kebajikan pihak-pihak yang terlibat, pengagihan derma dilaksanakan melalui cara yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, iaitu dengan berkonsepkan mengunjungi ke rumah-rumah kediaman anak-anak yatim.

KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya menghulurkan sumbangan kepada seramai 32 anak yatim yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap, KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said di rumah-rumah kediaman anak-anak yatim.

190520.Derma Anak2 Yatim KKBS (2).JPG

Majlis tersebut merupakan antara aktiviti keagamaan yang diadakan sepanjang bulan Ramadan dan dimuatkan dalam kalendar tahunan KKBS bagi menyantuni anak-anak yatim warga kementerian yang pernah mencurahkan bakti, di samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga warga KKBS.

190520.Derma Anak2 Yatim KKBS (1).jpg

190520.Derma Anak2 Yatim KKBS (5).jpg

190520.Derma Anak2 Yatim KKBS (3).jpg

Attachments
Created at 5/20/2020 11:37 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/20/2020 11:43 AM by Lee Chin Foo