Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PUPUK KEPEKAAN MINDA MASYARAKAT

‚Äč120220-Perasmian Kempen Kesedaran Ibu dan Anak (8).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

GADONG, Rabu, 12 Februari 2020 - Kempen Kesedaran Ibu dan Anak 2020 adalah kempen kesedaran sepadu bagi melindungi sekali gus membimbing ibu dan anak bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 tahun yang akan diraikan tidak lama lagi.

Kempen slogan 'Anak-Anak Pembentuk Masa Depan 2035' adalah bersesuaian dengan erti melindungi tunas bangsa kerana mereka adalah aset pewaris bangsa dan penerus generasi 2035.

120220-Perasmian Kempen Kesedaran Ibu dan Anak (11).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pelancarannya di The Mall, Gadong ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Kempen dijayakan bersama dengan Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian terdiri dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Kesihatan; Pusat Dakwah Islamiah; Biro Kawalan Narkotik; Pasukan Polis Diraja Brunei dan Radio Televisyen Brunei serta dari pertubuhan bukan kerajaan iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan SMARTER.

Misi kempen adalah bagi memupuk kepekaan minda masyarakat dalam menangani isu dan gejala sosial secara sepadu selain memberi bimbingan rohani dan sokongan daripada segi fizikal dan mental ke arah peningkatan kualiti hidup.

120220-Perasmian Kempen Kesedaran Ibu dan Anak (9).jpg

Galeri pameran bagi kempen tersebut akan diadakan selama lima hari bermula hari ini hingga 16 Februari 2019 bertempat di Ruang Legar, The Mall, Gadong bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah ceramah yang akan disampaikan oleh wakil daripada Pusat Dakwah Islamiah tentang ibu, anak dan tanggungjawab.

 120220-Perasmian Kempen Kesedaran Ibu dan Anak (12).jpg120220-Perasmian Kempen Kesedaran Ibu dan Anak (1).jpg

Beberapa pertandingan seperti pertandingan mewarna, kuiz dan hafalan surah-surah pendek bagi kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah juga akan diadakan sepanjang kempen berlangsung.

Selain itu, pameran dari jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian yang terlibat juga turut dipamerkan.

120220-Perasmian Kempen Kesedaran Ibu dan Anak (4).jpg

120220-Perasmian Kempen Kesedaran Ibu dan Anak (3).jpg

Attachments
Created at 2/13/2020 11:08 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/13/2020 11:09 AM by Lee Chin Foo