Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
IRAN-BRUNEI TERUS PERKUKUH DIBIDANG SAINS, EKONOMI

‚Äč110220-IRAN National Day-penerangan.6.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Februari 2020 - Pelbagai usaha dan bidang dilaksanakan ke arah mempertingkatkan lagi hubungan dua hala, Republik Islam Iran dan Negara Brunei Darussalam (NBD).

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke NBD, Puan Yang Terutama Homeira Rigi menjelaskan, usaha-usaha tersebut termasuklah pertukaran lawatan delegasi daripada kedua buah negara dalam memperkukuhkan hubungan termasuk di bidang sains dan ekonomi.

Oleh sebab itu, Sambutan Memperingati Ulang Tahun Kejayaan Hari Kebangsaan Republik Islam Iran yang Ke-41 di Universiti Teknologi Brunei tambahnya, adalah untuk memberi penekanan kepada hubungan antara universiti antara negara-negara.

Di majlis itu, PYT juga melahirkan penghargaan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerajaan dan rakyat baginda yang akan meraikan Hari Kebangsaan pada 23 Februari akan datang ini nanti.

110220-IRAN National Day-penerangan.7.jpg

110220-IRAN National Day-penerangan.4.jpg

Hadir mewakili bagi pihak NBD ialah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin.

Majlis juga dihadiri diplomat-diplomat asing yang berada di negara ini serta para pegawai kanan kerajaan.

Republik Islam Iran semakin berkembang maju dalam pelbagai bidang. Antara kejayaannya pada tahun 2019 lalu ialah kedudukannya yang pertama dunia dalam bidang perubatan iaitu pemindahan hati serta pertama dalam penghasilan sains di kalangan negara Islam serta dalam dunia sukan pula menjadi negara Asia dalam acara Futsal pada tahun lalu.

110220-IRAN National Day-penerangan.1.jpg

Attachments
Created at 2/12/2020 10:17 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/12/2020 10:17 AM by Lee Chin Foo