Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DPMM FC METERAI KONTRAK BERSAMA PEMAIN, PENAJA

‚Äč11022020 Penandatangan Kontrak kelab Bolasepak DPMM dgn pemain-pemain dan penaja (8).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas (Penerangan) & Hajah Ajijah Ali (KKBS) 

 

GADONG, Selasa, 11 Februari 2020 - Pada tahun ini Kelab Bola Sepak DPMM (DPMM FC) membuat persediaan dengan membentuk skuad terbaik yang menggabungkan beberapa pemain baharu dan sedia ada, termasuk pemain-pemain import bagi menggalas tugas untuk mempertahankan kejuaraan Liga Premier Singapura (SPL) pada musim ini.

Sehubungan itu, satu Majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bola Sepak DPMM bersama Pemain-pemain dan Penaja-penaja bagi Kejohanan Bola Sepak SPL 2020, diadakan bertempat di Hotel Centrepoint, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan majlis penandatanganan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.11022020 Penandatangan Kontrak kelab Bolasepak DPMM dgn pemain-pemain dan penaja (9).jpg

11022020 Penandatangan Kontrak kelab Bolasepak DPMM dgn pemain-pemain dan penaja (10).jpg


Acara terdahulunya dimulakan dengan tayangan Klip Video Perlawanan DPMM FC dalam SPL pada musim lalu.

Sejurus itu, majlis penandatanganan membuka tirainya dengan memulakan Penandatanganan Kontrak Pemain di antara DPMM FC bersama 22 pemain kelab bola sepak tersebut, di mana DPMM FC diwakili oleh Pengurus Am Kelab, Awang Mohamad Ali bin Haji Momin dan Pegawai Kewangan, Awang Md. Kamarul Ariffin bin Haji Arpan.

Ini kemudian diikuti dengan Penandatanganan Kontrak Penaja, di antara DPMM FC bersama penaja-penaja.

Pada majlis penandatanganan tersebut, DPMM FC diwakili oleh Pengurus Am kelab berkenaan, Awang Mohamad Ali bersama Pengurus Pemasaran, Awang Haji Momin bin Haji Md. Ja'afar.

Sementara itu, pihak penaja tahun ini adalah terdiri daripada Mitsubishi Corporation; Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd; Datastream Digital Sdn. Bhd.; Baiduri Bank Berhad; Royal Brunei Airlines Sdn. Bhd.; Hui Huang Enterprise (Brunei); Hertz; Nazmi Textile Mall; Borneo Genomics Innovation Sdn. Bhd.; Maju Motors Sdn. Bhd.; Sports Partnership Pte. Ltd. (Lotto); dan Kingsley Medical Supplies Sdn. Bhd. (Starbalm), diwakili oleh Pengurus-pengurus atau pegawai-pegawai tinggi syarikat masing-masing.

Juga berlangsung Majlis Penandatanganan Memorandum (MoU) di antara DPMM FC bersama Penerbit Rasmi Brunei DPMM FC Match Day Megazine 2020, iaitu Syarikat AKK Design.

11022020 Penandatangan Kontrak kelab Bolasepak DPMM dgn pemain-pemain dan penaja (11).jpg

Pada majlis itu juga, tetamu kehormat, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut menyempurnakan Penyampaian Cenderamata daripada DPMM FC kepada para penaja, seterusnya menerima cenderamata daripada pihak DPMM FC, disampaikan oleh Pengurus Am Kelab, Awang Mohamad Ali.

Atur cara turut diselajurkan dengan Majlis Pelancaran Jersi DPMM FC Musim 2020, iaitu Home and Away Jersey.

DPMM FC akan memulakan kempen musim ini menentang Tampines Rovers dalam perlawanan Community Shield 2020 pada 22 Februari.

Kemudian DPMM FC akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan SPL menentang Home United, di Bishan Stadium, Republik Singapura pada 29 Februari.

11022020 Penandatangan Kontrak kelab Bolasepak DPMM dgn pemain-pemain dan penaja (3).jpg

Attachments
Created at 2/12/2020 9:51 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/12/2020 11:10 AM by Lee Chin Foo