Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JAPEM SERAH SUMBANGAN $64,400

130120-Derma Mangsa Kebakaran (4).jpg

[Sumber: Media Permata]

Berita: Salawati Hj Yahya – Media Permata

Foto: Hjh Ajijah Ali – KKBS

Bandar Seri Begawan, 13 Jan 2020 – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), hari ini, telah menyampaikan sumbangan berjumlah $64,400 kepada 10 ketua keluarga yang menjadi mangsa kejadian kebakaran pada 2019 dan 2020.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei dan Muara, JAPEM dan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

130120-Derma Mangsa Kebakaran (3).jpgPemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir menjelaskan, kementerian menyedari pengagihan bantuan kewangan berkenaan amat perlu dilaksanakan dengan segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

'Kementerian melalui JAPEM sedang berusaha mengemas kini proses penyiasatan dan proses pembayaran supaya ia cepat diserahkan dan diberikan kepada mangsa yang berkelayakan,' ujar beliau.

Beliau seterusnya menambah, usaha seumpamanya tidak mungkin akan terlaksana tanpa adanya bantuan dan kerjasama sepadu yang diberikan oleh agensi berkenaan seperti pejabat-pejabat daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan kerjasama penghulu mukim dan ketua kampong yang terlibat.

Para penerima sumbangan berkenaan adalah mangsa kejadian kebakaran di Kampung Pengiran Bendahara Lama, Kampung Tungku Gadong dan Kampung Tanah Jambu Bukit Sibanging.

130120-Derma Mangsa Kebakaran (7).jpg

130120-Derma Mangsa Kebakaran (9).jpgPemberian bantuan berkenaan diharap akan dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian di samping dapat menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan JAPEM.

Attachments
Created at 1/14/2020 9:42 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/14/2020 9:42 AM by Lee Chin Foo