Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KELUARGA ANGKAT SSEAYP DIHARGAI

Penghargaan Keluarga Angkat kapal belia ke-45 (2).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]‚Äč

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Januari 2020 - Persatuan Bekas Peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (BERSATU) petang tadi mengungkayahkan Majlis Penghargaan Keluarga Angkat bagi Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-45 (2018) yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia di ibu negara.

Penghargaan Keluarga Angkat kapal belia ke-45 (5).jpg

Penghargaan Keluarga Angkat kapal belia ke-45 (4).jpg

Penyampaian cenderamata kepada wakil-wakil keluarga angkat disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; dan Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Yang Di-Pertua BERSATU, Dayang Hajah Rosmawatiniah binti Haji Ibrahim.

Terdahulu, Naib Yang Di-Pertua BERSATU, Awang Haji Khairul Ariffin bin Haji Abd Aji dalam ucapannya menjelaskan BERSATU yang hampir menjangkau usia 30 tahun pada tahun ini telah secara konsisten bergerak aktif dalam projek-projek berskala kecil untuk para ahli secara khususnya dan masyarakat secara amnya.

Ini termasuk bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan, KKBS dalam mengendalikan Port of Call dan Program Keluarga Angkat bagi SSEAYP Ke-45 pada 11 hingga 13 November 2018.

Menurut beliau lagi, Program Keluarga Angkat yang dikelolakan oleh BERSATU telah berjaya menolong pihak kerajaan dan BERSATU dalam memperkenalkan kebudayaan dan adat resam Brunei pada duta-duta belia ASEAN dan Jepun yang mengikuti program SSEAYP.

Penghargaan Keluarga Angkat kapal belia ke-45 (3).jpg Penghargaan Keluarga Angkat kapal belia ke-45 (10).jpg

Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan gabungan dari bekas peserta SSEAYP 2016 - 2019 (BPY 43, BPY 44, BPY 45).

Selain itu, acara turut diselajurkan dengan Majlis Inagurasi Peserta Kapal Belia Ke-46 (2019), di mana para peserta SSEAYP 2019 diraikan sebagai ahli alumni para bekas peserta SSEAYP dan dialu-alukan sebagai ahli di dalam BERSATU.

Penghargaan Keluarga Angkat kapal belia ke-45 (1).jpg

Attachments
Created at 1/13/2020 10:42 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/13/2020 10:43 AM by Lee Chin Foo