Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN TAP KE-25

‚ÄčPelita-TAP 25 Tahun.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Aimi Sani - Penerangan

Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Januari 2018 - Sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke-25, Tabung Amanah Pekerja (TAP) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat  bertempat di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yaa Siin dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran beramai-ramai.

Juga hadir, Ahli-ahli Lembaga TAP, ahli-ahli panel pelaburan, komiti audit dan pegawai-pegawai serta kakitangan TAP.


Attachments
Created at 1/13/2018 10:34 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/13/2018 10:34 AM by Lee Chin Foo