Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
1ST BRUNEI OFFROAD CHALLENGE 2017 MILIK SOON LEE FONG

‚ÄčDSC_6554.jpg[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Hj Mohd Norfaizal bin Hj Mat Salleh - KKBS

TANAH JAMBU, Ahad, 24 Disember 2017 - Soon Lee Fong dari Sabah, Malaysia dinobatkan juara 1st Brunei Offroad Challenge 2017 sempena Brunei December Festival (BDF) 2017. 

Tempat kedua milik Boon Chun Fat dari Negara Brunei Darussalam, manakala Lee Tet Sing dari Sabah berada di tempat ketiga. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Malam Gala dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. 

Majlis berlangsung di Dewan Binadiri, Pusat Pembangunan Belia, di sni. 

Hadir sama ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, selaku Pengerusi BDF 2017, Penaung Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB), Kolonel (B) Dato Paduka Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu dan Yang Di-Pertua PKTLB, Awang Haji Jamahat bin Haji Liman. 

Acara 1st Brunei Offroad Challenge berlangsung selama empat hari bermula 21 hingga 24 Disember dianjurkan oleh PKTLB dan diselaraskan oleh KSSUP. Ia disertai oleh pelumba dari Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Negara Brunei Darussalam.

Attachments
Created at 12/26/2017 12:11 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/26/2017 12:11 PM by Lee Chin Foo