Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BELIA HARAPAN BANGSA

011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (3).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 Disember 2019 - Para belia merupakan harapan bangsa yang perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran serta diberikan panduan sebagai pemimpin pada masa akan datang agar mereka berguna, beriman dan bertakwa yang setentunya merupakan satu aset kehidupan yang amat penting untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (4).jpg

Sehubungan itu, seramai 90 belia dan beliawanis yang menyertai Perkhemahan Belia dan Beliawanis Masjid Peringkat Senegara menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Peserta Perkhemahan Belia Senegara di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lambak Kiri, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'.

011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (7).jpg

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said.

011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (9).jpg

Perkhemahan Belia dan Beliawanis Masjid Peringkat Senegara kelolaan Kumpulan Belia Masjid dan Kampung dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri itu, dihasrat untuk menarik para belia menyertai aktiviti di masjid dan melakukan ibadah di samping kegiatan riadah yang membantu arah tuju yang betul dan sihat serta memantapkan kreativiti individu khususnya para belia di negara ini.

011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (8).jpg

011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (5).jpg

011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (6).jpg

Program selama tiga hari yang bermula dari 29 November itu turut diisikan dengan beberapa aktiviti termasuk acara-acara keagamaan, sukan, kempen kebersihan di kawasan masjid dan lawatan ke tempat-tempat menarik di Daerah Brunei dan Muara.

Antara objektif perkhemahan tersebut ialah untuk memberikan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat, selain mengimarahkan masjid sempena cuti sekolah dan memantapkan jati diri para belia yang dikehendaki oleh agama, bangsa dan negara, di samping melatih mereka berdikari, berusaha dan bertanggungjawab.011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (12).jpg


011219 Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Senegara, (1).jpg

Attachments
Created at 12/2/2019 11:12 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/2/2019 11:12 AM by Lee Chin Foo