Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEMENANG PERADUAN FOTOGRAFI TERIMA HADIAH

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 November 2019 - Awang Nordin bin Haji Barudin meraih tempat pertama bagi Kategori Terbuka pada Peraduan Fotografi anjuran Persatuan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD).

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Awang Muhammad Ikmal Hakim bin Abu Bakar dan Awangku Muhd. Ridhwan bin Pengiran Haji Kamarulzaman.

Manakala bagi Kategori Karya Agung, tempat pertama dimenangi oleh Awang Murni bin Awang Haji Mahali dan tempat kedua serta ketiga masing-masing dimenangi oleh Awang Abdul Latif bin Abd Rahman dan Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Md. Salleh.

Peraduan yang bermula dua bulan yang lalu itu adalah bersempena dengan Sambutan Jubli Emas persatuan berkenaan yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terus meminati dan seterusnya menghargai nilai seni fotografi di negara ini.

Majlis penyampaian hadiah bagi peraduan berkenaan berlangsung petang tadi di Dewan Teater PM Sharifuddin, Arkib Negara.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Yang Di-Pertua PFNBD, Awang Haji Hamidun bin Haji Mohd. Noor dalam ucapan alu-aluannya turut menjelaskan bahawa peraduan berkenaan diharap akan dapat membina serta mempertingkatkan daya kemahiran dan seterusnya melahirkan jurugambar yang profesional setaraf dengan jurugambar luar negara.

Sejurus selepas sesi penyampaian hadiah, tetamu kehormat majlis turut dibawa menyaksikan pameran 20 gambar hasil senarai 10 teratas bagi setiap kategori.

301119-Peraduan Fotografi NBD.1.jpg

Attachments
Created at 12/2/2019 9:37 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/2/2019 9:38 AM by Lee Chin Foo