Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEMENANG PERLUMBAAN GO-KART TERIMA HADIAH

DSC_3210.jpg

DSC_3151.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abd Hamid – Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Disember 2017 - Awang Haji Harith bin Pehin Haji Abd. Aziz berjaya memenangi Kategori Veteran / Heavyweight pada Perlumbaan Go-Kart Peringkat Akhir sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Jawatankuasa Kluster Riadah dan Perekonomian.

Perlumbaan berlangsung di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Sementara bagi Kategori Senior dimenangi oleh Shawn Tang, manakala Kategori Rookies pula dimenangi oleh Awang Haji Mohd. Noolidini bin Haji Mahlidini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. 

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada peringkat akhir Perlumbaan Go-Kart, iaitu sebanyak 20 pusingan jarak jauh 1.0 km, yang mana setiap pusingan menggunakan trek perlumbaan, iaitu jalan kawasan stadium berkenaan.

Peringkat akhir bagi acara saringan perlumbaan telah diadakan pada 16 Disember lalu.

Attachments
Created at 12/18/2017 4:35 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/18/2017 4:35 PM by Lee Chin Foo