.JPG)
[Sumber: Pelita Brunei]
Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan
Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 8 November 2019 - Malam terakhir Dikir Maulud sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Tahun 1441H / 2019M terus disemarakkan dan bergema di seluruh masjid-masjid dan surau-surau di negara ini.
Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Jabatan-jabatan di bawahnya berkunjung ke Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, di sini, bagi malam terakhir Dikir Maulud ke masjid-masjid bagi tahun ini.
.JPG)
Hadir bersama rombongan kementerian tersebut, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Juga hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung Takmir MRSB.
Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; warga KKBS; wakil-wakil persatuan belia; Guru-guru dan Penuntut-penuntut Sekolah Al-Falaah; para Penduduk Kampung Sungai Akar dan kawasan sekitar masjid berkenaan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan Dikir Syarafil Anam, diketuai oleh Imam MRSB, Awang Haji Saadullah bin Haji Salleh.
.JPG)
.JPG)
.jpg)
Bacaan Doa Dikir dipimpin oleh Imam MRSB, Awang Haji Saadullah, manakala bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Imam MRSB, Awang Haji Syamsul Nizam bin Haji Badar.
Majlis Dikir ke masjid-masjid itu, antaranya bertujuan untuk menggalakkan warga kementerian untuk terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
.JPG)